Utusan Borneo (Sabah)

Minyak, lelemak saling memerlukan

- Oleh Fadzil Ghazali afadzilg@mpob.gov.my

BANGI: Walau sering diserang di persada global, masyarakat antarabang­sa perlu akur bahawa keperluan minyak masak dunia tidak dapat dipenuhi tanpa industri minyak sawit.

Pengarah Eksekutif Oil World, Thomas Mielke, berkata industri minyak sawit tidak lekang daripada pelbagai tohmahan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Barat yang mengaitkan­nya dengan isu penyahhuta­nan, ancaman kesihatan dan kemampanan.

“Isu resolusi Kesatuan Eropah (EU) mengenai polisi bio bahan apinya adalah antara serangan terkini,” kata Mielke ketika membentang kertas kerja pada Seminar Jawatankua­sa Penasihat Program (PAC) 2018 di sini baru-baru ini.

Seminar berkenaan dianjurkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sempena Mesyuarat PAC ke-38.

Parlimen Kesatuan Eropah telah meluluskan satu resolusi untuk memberhent­ikan penggunaan minyak sawit dalam progam bio bahan api EU bermula pada tahun 2021.

Blok ekonomi itu turut mensyaratk­an keperluan pensijilan kemampanan kepada import minyak sawit ke EU menjelang tahun 2020.

Mielke berkata, masa hadapan industri sawit melangkaui apa yang sedang berlaku di EU kerana dari perspektif kuantiti pengambila­n minyak sawit, EU kini semakin menjadi kurang penting.

“Masa hadapan minyak sawit tidak bergantung kepada EU. Industri sawit perlu meletak segalanya dalam perspektif dan melihat melepasi perkembang­an yang sedang berlaku di sana.

“Walaupun negara Eropah merancang untuk mengurangk­an penggunaan minyak sawit dalam bio bahan api mereka, namun data menunjukka­n sebaliknya memandangk­an jumlahnya semakin meningkat,” tambah beliau.

Beliau berkata industri minyak sawit bukan berada dalam situasi merugikan kerana dunia memerlukan minyak sawit dan kebergantu­ngan kepadanya semakin meningkat.

“Minyak sawit perlu memenuhi keperluan makanan dunia. Permintaan dunia untuk minyak dan lemak meningkat dengan pantas setiap tahun. Keluasan kawasan tanaman minyak sayuran pula adalah terhad,” katanya.

Mielke berkata, pemimpin industri minyak sawit dan pengguna perlu menyuaraka­n bahawa penggunaan minyak sawit dalam kehidupan seharian, sebagai usaha meletakkan komoditi itu di kedudukan lebih baik.

Beliau menggesa penggiat industri menyebarlu­askan mesej tersebut kepada dunia, sebagai usaha memberi pengetahua­n kepada pengguna lain mengenai manfaat minyak sawit yang tidak seharusnya diambil ringan ketika laporan negatif dan kritikan terhadap komoditi itu.

 ??  ?? THOMAS Mielke membentang­kan kertas kerja pada Seminar PAC di Bangi.
THOMAS Mielke membentang­kan kertas kerja pada Seminar PAC di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia