Utusan Borneo (Sabah)

E-dagang perluas pasaran sawit Malaysia

- Oleh Insyirah Mohamad Shah insyirah@mpob.gov.my

BANGI: Pemasaran produk sawit melalui platform e-dagang adalah satu alternatif baharu kepada penggiat industri sawit bagi mempelbaga­ikan strategi pemasaran, di samping meningkatk­an daya saing produk berasaskan sawit Malaysia di pasaran dunia.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata platform e-dagang akan memperluas­kan pasaran produk sawit Malaysia di peringkat global.

Katanya, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada sawit sebagai komoditi pukal semata-mata.

“Perkembang­an Revolusi Perindustr­ian yang bermula sejak kurun ke-19, di mana arang batu dan kuasa stim menjadi penggerak utama industri pada masa itu. Tenaga elektrik dan komunikasi pula telah menjadi pencetus kepada Revolusi Perindustr­ian Kedua pada kurun ke20, diikuti oleh rangkaian internet yang menerajui Revolusi Perindustr­ian Ketiga.

“Penjualan produk sawit melalui platform e-dagang adalah satu alternatif baharu sebagai strategi pemasaran di samping meningkatk­an daya saing produk berasaskan sawit Malaysia di pasaran dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Go ECommerce and Cross Border di ibu pejabat MPOB, di sini baru-baru ini.

Seminar adalah anjuran MPOB bersama syarikat e-dagang halal pertama dunia, AladdinStr­eet.

Penganjura­n seminar adalah susulan pemeteraia­n memorandum persefaham­an di antara MPOB dan AladdinStr­eet pada November tahun lalu dalam menjalinka­n kerjasama strategik bagi meningkatk­an pasaran minyak sawit Malaysia menerusi platform e-dagang.

Seminar membentang­kan tiga kertas kerja masing-masing oleh Timbalan Presiden Pemasaran AladdinGlo­bal, Dato’ Sri Dr. Vincent Tiew; Felo Penyelidik Kanan MPOB, Dr. Ooi Cheng Keat; dan wakil Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Adhwa Azmil.

Pembentang­an yang disampaika­n berkait rapat dengan perdaganga­n antarabang­sa Malaysia terutama sekali dengan negara China dan bertujuan menarik minat pemain industri dalam bidang e-dagang bagi memasarkan produk mereka sejajar dengan agenda Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Peserta turut didedahkan kepada pelbagai insentif perniagaan yang disediakan oleh MATRADE berbentuk bantuan kewangan serta khidmat nasihat perniagaan menerusi program eTRADE.

Kerajaan China turut menawarkan polisi dan insentif khas bagi transaksi e-dagang termasuk penguranga­n cukai.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, transaksi edagang negara telah mencatat nilai sebanyak RM74 bilion (USD19 bilion) pada tahun 2016 dan menyumbang sebanyak 6.1 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Di China, jumlah pembeli atas talian telah meningkat daripada 247 juta orang pada tahun 2012 kepada 516 juta orang pada tahun 2017.

Dalam masa yang sama, nilai pembelian melalui platform e-dagang turut melonjak sebanyak 167 peratus daripada RM1.12 trilion (USD285 bilion) pada tahun 2013 kepada RM 2.78 trilion (USD 714 bilion) pada tahun 2017.

 ??  ?? PARA pembentang kertas kerja di Seminar E-Commerce and Cross Border di Bangi.
PARA pembentang kertas kerja di Seminar E-Commerce and Cross Border di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia