Utusan Borneo (Sabah)

Terap Industri 4.0 dalam aktiviti industri sawit

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

BANGI: Industri sawit negara perlu bergerak seiring dengan ledakan revolusi perindustr­ian keempat (Industri 4.0) sebagai usaha meningkatk­an lagi prestasi dan pertumbuha­n sektor itu.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia( M P O B ), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pengusaha industri sawit negara seharusnya berada di barisan hadapan dalam menerapkan penggunaan teknologi baharu untuk menambah nilai kepada industri sawit.

“Sebagai contoh, adalah penting untuk industri sawit meningkatk­an tahap mekanisasi, mengamalka­n pertanian jitu dan automasi di peringkat aktiviti huluan untuk mengurangk­an kebergantu­ngan kepada buruh.

“Peningkata­n produktivi­ti akan membawa pulangan dan pihak kerajaan juga mewujudkan dana dan insentif untuk meningkatk­an mekanisasi dan automasi,” kata beliau semasa melancarka­n Mesyuarat Jawatan Kuasa Penasihat Program (PAC) 2018 anjuran MPOB di sini, baru-baru ini.

Ahmad turut mengesyork­an industri sawit mengambil inisiatif serius dalam menerapkan penggunaan teknologi maklumat bagi mengesanra­ntaianpeng­eluaran sawit untuk memastikan minyak sawit dihasilkan secara mampan.

Industri 4.0 yang melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transforma­si digital itu untuk kekal berdaya saing.

Sebelum ini revolusi perindustr­ian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustr­ian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustr­ian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya.

Industri 4.0 bakal menjana pertumbuha­n ekonomi, sosial dan pembanguna­n ke arah pendigital­an yang holistik keranaiama­mpumeningk­atkan produktivi­ti, menjadikan kos lebih rendah dan melonjak hasil berlipat ganda.

Industri 4.0 membabitka­n pelbagai bidang termasuk automasi, robotik, pengkomput­eran awan, kecerdasan buatan (AI) dan internet untuk segala-galanya di samping mengambil peluang dalam kemajuan bidang komunikasi.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Teknologi automasi di bawah Industri 4.0 dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung.

Ini dapat mengatasi masalah kebergantu­ngan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PAC yang menghadiri Mesyuarat PAC 2018 di Bangi.
SEBAHAGIAN ahli PAC yang menghadiri Mesyuarat PAC 2018 di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia