Utusan Borneo (Sabah)

Isu banjir di Penampang perlu ditangani segera

Wakil rakyat Warisan hadiri taklimat pembanguna­n daerah Penampang

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jennifer Lansimbang dan Adun Kapayan Jane Lasimbang menghadiri taklimat pembanguna­n daerah Penampang pada Jumaat.

Taklimat berkenaan disampaika­n oleh Pegawai Daerah Penampamg Luvita Koisun, bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Penampang (MDPg).

Antara taklimat berkenaan ialah mengenai peruntukan kerajaan Persekutua­n yang disalurkan kepada pejabat daerah Penampang sejak 2011, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) hingga RMK-11.

Selain taklimat mengenai projek-projek yang dilaksanak­an oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

Ketiga-tiga wakil rakyat PartiWaris­anSabah(Warisan) itu juga menerima taklimat daripada MDPg mengenai status majlis itu, cabaran dan isu-isu di daerah Penamp

Luvita berkata, antara cabaran dan isu yang perlu ditangani segera ialah masalah banjir dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat kajian tembatan banjir di Sungai Moyog.

“Sekarang ini JPS telah melaksanak­an dua projek tebatan banjir bermula di Kibabaig iaitu pakej pertama dan pakej ketiga di Kampung Terawih untuk pembesaran Sungai Putatan hingga ke kuala (laut),” katanya.

Katanya, isu kedua ialah aktiviti pemotongan bukit `hill cutting’ walaupun telah diberhenti­kan, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tidak ada lagi aktiviti itu dilakukan dengan sewenangny­a.

Luvita berkata, selaku ketua pentadbir di daerah Penampang, beliau tidak menyekat mana-mana pembanguna­n di daerah Penampang.

“Memang banyak pelabur luar yang ingin melabur di daerah Penampang terutama pelaburan hartanah perumahan. Tetapi ada undang-undang tersedia untuk dipatuhi.

Mereka perlu memberikan kerjasama untuk mengelakka­n berlakunya banjir,” katanya.

Luvita berkata, MDPg juga telah membuat Pelan Tempatan Penampang dan telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP).

“Sekarang ini kita sedang menungguun­tukiadiwar­takan dan setelah pelan tempatan ini diwartakan kita akan membuat penzonan. Kita akan kekalkan penzonan asal kerana tidak mahu pembanguna­n daerah Penampang seperti rojak dan tidak teratur,” katanya.

 ??  ?? LUVITA (tengah) bergambar bersama Darell, Jeniffer dan Jane sejurus tiba di Majlis Daerah Penampang.
LUVITA (tengah) bergambar bersama Darell, Jeniffer dan Jane sejurus tiba di Majlis Daerah Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia