Utusan Borneo (Sabah)

Tonjol bakat pelajar luar bandar

Program Komuniti Sains dan Teknologi di SMK Mat Salleh Ranau

-

SERAMAI 36 pelajar mengambil bahagian dalam program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi sekolah luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau.

Program sehari itu dianjurkan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) Seksyen 22 Semester 1 dan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (Sains) Seksyen 23 Semester 2 Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) UMS.

Penyelia Program Dr Siew Nyet Moi @Sopiah Abdullah berkata, peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains SMK Mat Salleh dan SMK Agama Ranau.

“Objektif utama program ini ialah meningkatk­an kemahiran pelajar dalam mereka cipta dan pengaturca­raan berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) serta merangsang daya pemikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanak­an aktiviti reka cipta.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah mereka cipta kipas dan kereta automatik menggunaka­n pengaturca­raan Arduino dan bahan-bahan ringkas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Siew berkata, sebelum aktiviti dijalankan para peserta diberikan taklimat mengenai konsep pembanguna­n lestari sebelum dibahagika­n kepada enam kumpulan.

“Mereka diberikan masa selama tiga jam untuk menyelesai­kan setiap tugasan yang diberikan sementara pelajar Sarjana Pendidikan UMS bertindak sebagai pelaksana, fasilitato­r dan penilai,” jelasnya.

Siew berkata, aktiviti STEM pertama berkisar pembaziran tenaga elektrik yang sering berlaku di rumah dan di pejabat yang mana para pelajar bekerja dalam kumpulan mencipta sebuah kipas yang berfungsi secara automatik menggunaka­n kawalan sensor bunyi.

“Sementara, aktiviti kedua memerlukan setiap kumpulan mereka bentuk sebuah kereta elektrik yang boleh bergerak sendiri tanpa dipandu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Program merangkap wakil Pengetua SMK Mat Salleh Noraidah Suratman dan Timbalan Ketua Program Winralela Wainin.

“Objektif utama program ini ialah meningkatk­an kemahiran pelajar dalam mereka cipta dan pengaturca­raan berasaskan konsep Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) serta merangsang daya pemikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanak­an aktiviti reka cipta

DR SIEW NYET MOI @SOPIAH ABDULLAH Penyelia Program

 ??  ??
 ??  ?? JUADAH RAMADAN: Bank Rakyat mengagihka­n 45 bungkusan juadah berbuka puasa kepada warga Utusan Borneo dan Borneo Post di Wisma KTS di sini pada Jumaat. Penyerahan juadah berbuka puasa ini diwakili oleh Ketua Perhubunga­n Awam dan Penjenamaa­n Korporat...
JUADAH RAMADAN: Bank Rakyat mengagihka­n 45 bungkusan juadah berbuka puasa kepada warga Utusan Borneo dan Borneo Post di Wisma KTS di sini pada Jumaat. Penyerahan juadah berbuka puasa ini diwakili oleh Ketua Perhubunga­n Awam dan Penjenamaa­n Korporat...
 ??  ?? PESERTA bersama ahli jawatankua­sa Program Komuniti Sains dan Teknologi Luar Bandar.
PESERTA bersama ahli jawatankua­sa Program Komuniti Sains dan Teknologi Luar Bandar.
 ??  ?? PELAJAR membentang­kan kipas ciptaan di depan penilai.
PELAJAR membentang­kan kipas ciptaan di depan penilai.
 ??  ?? PELAJAR membentang­kan kereta elektrik yang dicipta di depan penilai.
PELAJAR membentang­kan kereta elektrik yang dicipta di depan penilai.
 ??  ?? PANEL penilai sedang menguji kipas ciptaan pelajar.
PANEL penilai sedang menguji kipas ciptaan pelajar.
 ??  ?? Pelajar menguji kereta elektrik di atas trek.
Pelajar menguji kereta elektrik di atas trek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia