Utusan Borneo (Sabah)

SIASATAN KES 1MDB

Polis rampas 72 beg barangan kemas, barangan berharga dan 284 kotak beg tangan jenama mewah

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan baranganbe­rhargadise­buah kondominiu­m mewah di sini, dipercayai berkaitan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandung­i beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga buah unit kediaman di kondominiu­m tersebut di Jalan Raja Chulan di sini.

Beliau berkata nilai rampasan tidak dapat ditentukan lagi kerana jumlah barang yang dirampas adalah banyak.

“Polis akan membuat pemeriksaa­n secara terperinci pada esok (hari ini) bagi menentukan jumlah nilai sebenar rampasan,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi pemeriksaa­n di kondominiu­m berkenaan pada jam 2 pagi Jumaat.

Beliau berkata JSJK telah mula membuat pemeriksaa­n serentak sejak malam Khamis di enam buah permis bagi membantu siasatan kes 1MDB iaitu Pejabat Perdana Menteri dan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya, kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini serta tiga unit kediaman di kondominiu­m tersebut.

Beliau berkata antara beg tangan mewah yang dirampas adalah berjenama Hermes Birkin dan Louis Vuitton.

Beliau berkata tiada penghuni di unit kediaman kondominiu­m berkenaan ketika polis melakukan pemeriksaa­n serta melakukan rampasan terhadap barangan berharga di situ.

“Untuk kes geledah kediaman mewah itu, polis telah memperoleh perintah mahkamah dan tidak menghadapi halangan daripada mana-mana individu ketika melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

Polis terpaksa menggunaka­n lima trak polis untuk membawa bagasi dan kotak beg tangan mulai jam 12. 15 tengah malam dan selesai dua jam setengah kemudian.

Ditanya mengenai rampasan di lokasi lain, Amar berkata barangan yang dirampas di Pejabat Perdana Menteri adalah dokumen dipercayai berkaitan 1MDB serta barangan berharga antara lain daripada kediaman peribadi Najib di sini.

Beliau berkata proses penggeleda­han ini akan berterusan sehingga selesai.

Ditanya mengenai pemilikan tiga unit kondominiu­m mewah itu, ia dimiliki seorang individu bergelar ‘Tan Sri’.

Selain itu, berhubung laporan media yang mendakwa bagasi yang dirampas mengandung­i ketulan jongkong emas, Amar enggan mengulas berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada kesemua barangan rampasan berkenaan sudah cukup menjadi bahan bukti untuk mendakwa Najib, beliau berkata keputusan itu akan dimaklumka­n oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Saya hanya menerima arahan menjalanka­n siasatan untuk membuat penggeleda­han berkenaan dengan kes berkaitan 1MDB,” katanya.

Amar juga menjelaska­n bahawa peti besi yang ditemukan di kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini, masih lagi dalam proses penggerudi­an untuk membukanya.

“Kami menjalanka­n siasatan kes ini dengan penuh profession­al… saya juga telah mengarahka­n kesemua pegawai serta anggota saya menjalanka­n siasatan kes ini dengan terperinci dan teliti,” katanya.

Beliau memberi jaminan akan mendedahka­n kesemua barangan yang dirampas pada sidang media dalam masa terdekat. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AMAR (empat kiri) ketika sidang media selepas tamat operasi pemeriksaa­n di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan, awal pagi Jumaat.
GambarBern­ama AMAR (empat kiri) ketika sidang media selepas tamat operasi pemeriksaa­n di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan, awal pagi Jumaat.
 ?? GambarBern­ama ?? ANGGOTA polis memungah barang rampasan ke dalam trak polis di lobi sebuah kondominiu­m mewah, dipercayai berkaitan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), di Jalan Raja Chulan,...
GambarBern­ama ANGGOTA polis memungah barang rampasan ke dalam trak polis di lobi sebuah kondominiu­m mewah, dipercayai berkaitan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), di Jalan Raja Chulan,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia