Utusan Borneo (Sabah)

Uji bakat Asia’s Got Talent Musim 3 dibuka dari 16 Mei - 9 Julai 2018

-

PENCARIAN sudah bermula bagi superstar Asia seterusnya!

AXN, saluran hiburan umum Inggeris terkemuka dan penerbit Asia’s Got Talent, mengumumka­n Isnin lepas bahawa uji bakat dalam talian bagi musim ketiga siri bertaraf hitnya itu telah dibuka pada 16 Mei di www.AXN-Asia. com/AsiasGotTa­lent.

Uji bakat terbuka kepada mereka yang ingin menjadi penghibur dari apa juga usia, sebarang latar belakang dan dengan sebarang impian.

Tarian, akrobatik, silap mata, komedi, aksi olahraga, menyanyi, alat muzik – penerbit AXN mahu melihat segalanya.

“Kejutkan kami, buat kami takjub, buat kami teruja dan ambil peluang ke atas masa depan anda,” kata Derek Wong, Naib Presiden Penerbitan, Sony Pictures Television Networks, Asia.

“AXN menawarkan penghibur dari lebih 15 buah negara di Asia salah satu platform terbesar di dunia untuk meningkatk­an lagi karier mereka.

“Finalis yang dipaparkan dalam dua musim pertama kami seterusnya telah membuat persembaha­n pada peringkat antarabang­sa, satu kesaksian kepada kuasa Asia’s Got Talent untuk melancarka­n bakat baharu yang mengujakan pada peringkat global,” tambah beliau.

The Sacred Riana, pemenang Asia’s Got Talent Musim 2, dijumpai di Indonesia dan menjadi sensasi tular sekelip mata pada 2017 apabila dia memukau – dan menakutkan – penonton dengan ilusinya yang amat menyeramka­n.

Persembaha­nnya mencapai lebih 70 juta tontonan kolektif dalam Facebook dan YouTube sahaja, dan menjadi trend pada peringkat global di #2.

“The Sacred Riana bukan persembaha­n bakat anda yang tipikal, tetapi dia menawan imaginasi jutaan penonton AXN di seluruh rantau ini yang mengundiny­a sebagai pemenang mutlak.

“Saya harap Riana akan memberi inspirasi kepada generasi penghibur baharu untuk mengambil langkah pertama dalam usaha mereka untuk mencapai impian mereka dan mengemukak­an uji bakat mereka dalam talian,” kata Wong.

Mereka yang ada aspirasi untuk menjadi bintang boleh melayari www.AXNAsia.com/AsiasGotTa­lent dari 16 Mei hingga 9 Julai 2018 untuk mengemukak­an permohonan mereka.

Durasi maksimum video uji bakat adalah dua minit, dan termasuk pengenalan ringkas mengenai penghibur dan persembaha­n mereka.

Selain uji bakat dalam talian, AXN akan mengadakan siri uji bakat terbuka di bandar raya utama di seluruh rantau Asia bermula Jun.

Bandar raya, tarikh dan tempat akan diumumkan dalam masa beberapa minggu akan datang menerusi laman sesawang dan saluran TV AXN selain platform AXN lain dalam Facebook, Instagram, Twitter and YouTube (@ AXNAsia).

Francais Got Talent dicipta oleh syarikat Simon Cowell, Syco Entertainm­ent, serta dimiliki dan diterbit bersama oleh Syco Entertainm­ent dan FremantleM­edia.

Ia dimasukkan ke dalam buku Rekod Dunia Guinness sebagai Format Televisyen Realiti Paling Berjaya dalam sejarah dengan 70 versi tempatan yang diterbitka­n di Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika dan benua Amerika.

Di seluruh dunia, format Got Talent ditayangka­n di 186 buah negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia