Utusan Borneo (Sabah)

Kerosakan pam muka sauk punca bekalan air tidak cukup

-

TENOM: Dua daripada empat pam muka sauk yang terdapat di Loji Air Sungai Padas Kampung Tolokoson yang rosak sejak bulan Disember tahun lalu antara punca bekalan air bersih tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk di Daerah Kecil Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kapasiti loji itu boleh mencecah 6 juta liter sehari dengan keupayaan empat pam muka sauk. Namun, kerosakan dua pam muka sauk itu menyebabka­n keupayaan kapasiti loji turun kepada 3 juta liter sehari.

“Loji air ini hanya dapat membekalka­n air bersih 3 juta liter sehari untuk zon Pekan Kemabong dan zon Tomani berbanding sebelum ini yang membekalka­n 6 juta liter sehari untuk menampung keperluan di kedua-dua zon berkenaan.

“Bagaimanap­un, terdapat juga lori tangki Jabatan Air telah disediakan untuk memberi perkhidmat­an menghantar bekalan air bersih,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Loji Air Kemabong, di sini pada Rabu.

Katanya, untuk menggantik­an dua pam muka sauk yang rosak itu memerlukan kos hampir RM700,000.

Justeru, beliau akan memohon kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal untuk mengatasi masalah itu secepatnya mungkin.

Jamawi mengambil serius ke atas perkara itu untuk diselesaik­an dengan segera kerana ia merupakan keperluan asas rakyat Kemabong.

 ??  ?? JURUTERA Jabatan Air Tenom Doddy Jude Anthony menerangka­n sesuatu kepada Jamawi ketika lawatan itu.
JURUTERA Jabatan Air Tenom Doddy Jude Anthony menerangka­n sesuatu kepada Jamawi ketika lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia