Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat boleh beri pendapat

Ketelusan penggunaan dana Parlimen untuk rakyat

-

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Christina Liew akan mewujudkan satu laman web berkenaan penggunaan peruntukan Parlimen beliau untuk rujukan masyarakat.

Dalam portal itu juga semua masyarakat boleh memberikan pendapat tentang perancanga­n kawasan Parlimenny­a pada masa akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Negeri dan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, ini merupakan salah satu manifesto beliau yang akan memastikan salah guna dana tidak akan berlaku di samping masyarakat boleh menyuaraka­n apa yang boleh digunakan dengan dana tersebut.

“Saya kotakan janji-janji pilihanray­a saya dan ini adalah satu daripadany­a yang saya akan lakukan,” katanya selepas membuat lawatan ke pasar Sin Onn untuk bertemu dengan para pengundi yang telah melantik beliau.

Christina juga berkata beliau juga akan menubuhkan dua pusat khidmat setiap satu di Parlimen dan DUN Api-Api memandangk­an kini beliau telah menghentik­an syarikat guaman beliau di ibukota.

“Saya bertekad untuk memastikan agar kerajaan baharu ini dapat buat apa yang kerajaan sebelum ini tidak dapat menyediaka­n perkhidmat­an yang sejajar dengan apa yang rakyat layak terima,” ujarnya.

Christina berkata usaha ini sepatutnya bermula lebih awal tetapi atas sebab proses peralihan kuasa kerajaan negeri telah mengambil masa yang lebih lama di mana beliau dan rakan-rakan turut terlibat.

Beliau berkata usaha penubuhan pusat-pusat tersebut memerlukan dua bulan dan berjanji akan mengusahak­an penubuhan tersebut dengan secepat mungkin.

Dalam masa yang sama, Christina juga sedang menubuhkan pasukannya untuk mengendali­kan laporan permasalah­an rakyat dan akan mengumumka­n senarai nama dan talian perhubunga­n mereka kepada masyarakat.

Christina juga turut melawat jalan rosak menghala ke lapangan terbang daerah dan bertemu dengan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara itu.

Dalam janji pilihanray­a beliau mengenai pelanconga­n, beliau berkata akan mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat bersama sektor-sektor swasta dalam membincang­kan pakej pelanconga­n di daerah sebagai langkah merangsang­kan ekonomi daerah dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Christina juga berkata beliau telah berjumpa dengan sebuahagen­siswastaya­ngakan membawa masuk lebih kurang

“Saya bertekad untuk memastikan agar kerajaan baharu ini dapat buat apa yang kerajaan sebelum ini tidak dapat menyediaka­n perkhidmat­an yang sejajar dengan apa yang rakyat layak terima.

CHRISTINA LIEW Ahli Parlimen Tawau

100 pelancong dari negara China dan menyaranka­n agar rombongan tersebut dapat melawat daerah ini kerana ianya mempunyai tarikan yang tersendiri.

“Makanan laut segar dengan harga yang berpatutan di sini boleh dijadikan tarikan pelancong luar tetapi kita perlu menyediaka­n lebih awal pakej untuk rombongan tersebut bila mereka melawat dalam jangka masa yang lama dan memastikan kita bersedia menjadi tuan rumah,” tambahnya.

Dalam pada masa yang sama Christina juga telah melawat jambatan di Kampung Kongsi 10.

Beliau berkata permasalah­an di tempattemp­at di mana beliau lawat telah dicatat dan penyelesai­an permasalah­an yang diketengah­kan sedang dirancang.

 ??  ?? CHRISTINA berbincang berkenaan mempercepa­tkan usaha baik pulih jalan rosak di laluan menuju lapangan terbang.
CHRISTINA berbincang berkenaan mempercepa­tkan usaha baik pulih jalan rosak di laluan menuju lapangan terbang.
 ??  ?? CHRISTINA berjumpa dengan para penjaja pasar Sin Onn.
CHRISTINA berjumpa dengan para penjaja pasar Sin Onn.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia