Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis minta kerajaan Sabah tangani kos sara hidup dalam 100 hari

-

KOTA KINABALU: Aktivis hak asasi manusia Datuk Patrick Sindu meminta pentadbira­n kerajaan negeri Sabah yang baharu pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar berusaha menyelesai­kan masalah kos sara hidup yang membelengg­u rakyat dalam tempoh 100 hari.

Sambil mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan pembentuka­n kerajaan negeri yang baharu berkenaan, beliau berkata kerajaan juga perlu memberi fokus terhadap pembanguna­n dan penyediaan infrastruk­tur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya di Sabah.

“Kita juga minta supaya kerajaan yang baharu membentang­kan isu berkenaan tuntutan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri Sabah seperti dilakukan oleh Sarawak,” katanya ketika menghubung­i Bernama di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Patrick juga mengingatk­an semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), khususnya ADUN kerajaan yang memerintah agar memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat dan mengelak daripada bersifat angkuh atau meninggi diri.

Katanya rakyat sentiasa membuat penilaian terhadap pemimpin dan penilaian itu akan mereka terjemahka­n melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

Menurutnya berdasarka­n pengalaman dan pemerhatia­n beliau sendiri, ramai pemimpin ditolak rakyat disebabkan sikap sombong yang ditunjukka­n pemimpin berkenaan apabila rakyat datang mengadu masalah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia