Utusan Borneo (Sabah)

Dera anak tiri, penjara 15 tahun

Dikekalkan

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, mengekalka­n hukuman penjara 15 tahun dan denda RM50,000 terhadap seorang lelaki yang mencederak­an anak tirinya.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Mohd Hisham Jumaad, 31, selepas mengenepik­an rayuan atas hukuman yang dikenakan mahkamah rendah.

Pada 1 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatukan hukuman itu terhadap perayu, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM50,000 atau dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun, atau dengan kedua-duanya.

Mohd Hisham menggigit tubuh dan menampar muka mangsa yang berusia dua tahun, sehingga menyebabka­n bengkak dan lebam.

Kesalahan dilakukan pada 3 Julai tahun lalu jam 10.30 malam, di sebuah bilik tidak bernombor, Kuarters JS Borneo Sdn.Bhd, Country Height, daerah Penampang.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan penjara selama 18 bulan dikenakan.

Perayu juga dikenakan bon berkelakun­an baik selama tiga tahun bermula selepas tamat tempoh hukuman, disamping khidmat masyarkat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan.

Sekiranya gagal berbuat demikian, perayu boleh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan gagal melaksanak­an khidmat masyarakat dan boleh didenda RM10,000.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwara­ya Hafizah Zahida Abdul, manakala Mohd Hisham tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia