Utusan Borneo (Sabah)

Tiga individu didakwa terlibat kejadian bot karam ketahui nasib 8 Jun

-

KOTA KINABALU: Tiga individu yang didakwa terlibat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Megalum, di sini, akan mengetahui nasib mereka pada 8 Jun.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjadualk­an semula tarikh keputusan kes itu, terhadap Sharezza Salian, 27, Leong Vin Jee, 44, dan ibunya Chung Ket Siew, 65.

Ketiga-tiga tertuduh akan mengetahui sama ada mereka akan dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka, atau sebaliknya.

Pada 2 April, kes berkenaan ditutup pada peringkat pendakwaan yang mana 51 saksi dipanggil untuk memberikan keterangan ketika perbicaraa­n yang bermula pada Ogos 2017.

Mengikut pertuduhan, Leong, Chung dan Sharezza Salian, 27, didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza, juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari tahun lalu jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn.Bhd, masing-masing didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti di dalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada Leong mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta krew di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Peguam Hamid Ismail dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir Japiril dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala peguam Edward Paul dibantu Alffie Jonney.

Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Mirchelle Sambatan dan Nurun Nazifah Muhammad melakukan pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia