Utusan Borneo (Sabah)

Gagal bayar gaji kerja lebih masa, syarikat keselamata­n didenda RM3,600

-

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat keselamata­n didenda RM3,600 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana gagal membayar upah kerja lebih masa dengan kadar yang ditetapkan dan gagal membayar upah kerja pada hari kelepasan am kepada empat pekerjanya, dua tahun lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhka­n hukuman denda itu terhadap syarikat Shelter Security Services Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Zainal Abidin Md Kasim selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintah­kan OKS menjalani hukuman penjara 39 hari jika dia gagal membayar denda itu. OKS membayar denda.

Syarikatit­udidakwaga­galmembaya­r kadar kerja lebih masa yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1959 dan upah kerja pada hari kelepasan am pada Hari Pekerja dan Aidilfitri terhadap empat pekerjanya iaitu Siti Hapidah Jawaji, 60, Siti Aminah Lachemy Abdullah, 41, Nek Salleh A Rahman, 59, dan Maskuri Shafie, 61.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di syarikat itu di Desa Pandan, di sini antara 7 Mac 2016 dan 7 Ogos 2016 mengikut Seksyen 60D(3) (a) Akta Kerja 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 99A akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja.

Terdahulu, Zainal Abidin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan kerana ia merupakan kesalahan pertamanya bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutua­n Haslynda Ab Razak memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap syarikat itu.

Pada 10 Julai 2016 pukul 11 pagi, sepasukan anggota JTK telah melakukan pemeriksaa­n di syarikat itu dan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi pengiraan kadar bayaran kerja lebih masa dan upah kerja pada hari kelepasan am kepada keempat-empat pekerjanya itu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia