Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja penyelengg­ara direman berhubung kes bunuh tiga beradik

-

TELUK INTAN: Seorang pekerja penyelengg­ara direman tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes tiga beradik yang maut akibat ditetak dengan parang di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk, pada Khamis.

Suspek berusia 35 tahun itu direman seminggu sehingga 24 Mei ini dan perintah tahanan remanitudi­keluarkanM­ajistret Syahdatul Kamila Zakaria di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, suspek yang tiba kira-kira 8.55 pagi di perkaranga­n mahkamah yang berpakaian lokap warna oren dikawal ketat oleh anggota polis

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang pada Khamis, tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak oleh seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata lelaki terbabit yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjata­kan parang lalu melibas ketiga-tiga kanakkanak itu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibat­kan kematian.

Katanya kejadian itu turut mengakibat­kan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek kira-kira 45 minit kemudian di dalam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad, tidak jauh dari rumah mangsa, hasil maklumat orang awam dan telah merampas parang digunakan suspek.- Bernama

 ??  ?? SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua, kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari bermulai Jumaat sehingga 24 Mei. -Gambar Bernama
SUSPEK kes bunuh tiga beradik (dua, kanan) diiringi anggota Polis di Mahkamah Majistret Teluk Intan direman selama tujuh hari bermulai Jumaat sehingga 24 Mei. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia