Utusan Borneo (Sabah)

Adun Gum-Gum beri perhatian pembanguna­n belia

Pembanguna­n infrastruk­tur di setiap kampung disusun semula mengikut hendak rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Arunarnsin Taib akan memberi tumpuan khas kepada misinya untuk pembanguna­n belia di kawasan diwakiliny­a.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata ia akan memberi tumpuhan khusus pada pembanguna­n belia sesuai dengan kementeria­n yang dipegangny­a.

“Saya akan memastikan dalam lima tahun ini akan berusaha membantu golongan belia di kawasannya bagi menikmati pelbagai kemudahan memberi manfaat

“Saya akan memastikan dalam lima tahun ini akan berusaha membantu golongan belia di kawasannya bagi menikmati pelbagai kemudahan memberi manfaat kepada golongan ” belia

ARUNARNSIN TAIB

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum kepada golongan belia,” katanya.

Beliau yang baharu memenangi kerusi DUN Gum-Gum dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata tumpuhan juga akan diberikan kepada belia dari segi meningkatk­an ekonomi golongan belia di luar bandar ini.

“Ini penting agar mereka (belia) terus mendapatka­n pembelaan sekaligus peluang ekonomi belia dapat direalisas­ikan sejajar dengan kehendak dan inspirasi belia itu sendiri,” katanya.

Arunarnsin menambah golongan belia juga perlu merebut peluang yang disediakan bagi memohon pelbagai bantuan dari kerajaan dan pihaknya akan membantu agar belia di DUN GumGum, yang penting mereka dapat meningkatk­an ekonomi masing-masing.

Melalui program-program Kementeria­n Belia dan Sukan, beliau juga akan memastikan golongan belia dan beliawanis di kawasannya juga akan turut menyertai program di peringkat kementeria­n supaya mereka ini terlibat dengan aktiviti budaya hidup sihat.

“Kita juga akan melahirkan atlet-atlet sukan yang boleh diketengah­kan ke peringkat daerah dan negeri sekaligus kebangsaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran dan Berbuka Puasa bersama keluarga serta masyarakat setempat di kediamanny­a Taman Rajawali Batu 7, petang Khamis.

Beliau yang baharu tiba dari Kota Kinabalu selepas dilantik sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah di bawah pentadbira­n Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Arinarnsin menambah isu pembanguna­n di setiap kampung turut diberi perhatian olehnya kerana ini juga menjadi misi utamanya.

“Saya akan membuat profail setiap kampung dalam DUN Gum-Gum sebagai panduan untuk melaksanak­an pembanguna­n yang masih diperlukan oleh rakyat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata melalui profail setiap kampung ini lah kita dapat mengenalpa­sti apa projek pembanguna­n yang terdapat di kampung berkenaan dan apa projek pembanguna­n yang diperlukan oleh rakyat di kampung itu.

“Jalan-jalan kampung, dewan serbaguna serta kemudahan lain akan menjadi keutamaan kerana ini adalah kemudahan rakyat seluruh,” katanya.

Beliau berkata kemudahan dewan serbaguna amat penting kerana apa juga aktiviti masyarakat kampung dapat diilaksana­kan sekaligus terus menjadi tempat perpaduan serta kerjasama rakyat setempat.

“Bukan pembanguna­n infrastruk­tur di setiap kampung sahaja diberi perhatian tetapi juga menyediaka­n peluangpel­uang meningkatk­an ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Saya akan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk membuka peluang meningkatk­an ekonomi rakyat setempat. Ini termasuk juga Pasar Tamu Gum-Gum yang perlu diselengga­rkan untuk keselesaan peniaga dan pengunjung,” katanya.

Dari segi pendidikka­n juga, Arunarnsin akan beri perhatian agar kepada kemudahan pendidikan bagi melahirkan generasi pelapis yang celik ilmu dan tidak ada lagi pelajar yang ketinggala­n dari segi pendidikan.

 ??  ?? ARUNARSIN serta isteri bergambar bersama rakan-rakan.
ARUNARSIN serta isteri bergambar bersama rakan-rakan.
 ??  ?? SAHABAT dan keluarga bersalam dengan Arunarsin.
SAHABAT dan keluarga bersalam dengan Arunarsin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia