Utusan Borneo (Sabah)

Polis Shah Alam tumpas empat geng curi motosikal

-

SHAH ALAM: Polis Shah Alam menumpaska­n empat kumpulan curi motosikal yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar daerah ini dalam tempoh dua bulan bermula Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharuddin Mat Taib berkata kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada 38 lelaki dan seorang wanita, berumur antara 17 dan 35 tahun.

“Kitaberjay­amelumpuhk­an empat geng curi motosikal yang aktif melakukan jenayah itu sejak akhir tahun lalu dalam beberapa siri serbuan di sekitar Shah Alam, sepanjang Mac dan April lepas.

“Mereka ini menyasarka­n motosikal yang diletakkan di kawasan perumahan flat dan pangsapuri kerana mudah bagi mereka untuk melarikan kenderaan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Empat kumpulan itu ialah geng Mat Ropie, Tutuk Jeram, Sayuti dan Babang.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebanyak 23 motosikal pelbagai model, 12 kulit enjin, lima rangka serta pelbagai komponen dan alatan ubah suai motosikal.

Katanya, untuk rekod, IPD Shah Alam menerima sebanyak 30 laporan kes kecurian motosikal dalam tempoh dua bulan tersebut.

“Ada beberapa model motosikal yang menjadi tumpuan mereka untuk dicuri kerana ‘spare part’ (alat gantinya) selain mudah untuk dijual termasuk daripada jenis Yamaha seperti Yamaha LC 135 dan Yamaha Lagenda, Honda EX5 dan Modenas Kriss.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang dilarikan itu akan digunakan dahulu oleh suspek sebelum dijual kepada pelanggan antara RM600 ke RM900 bergantung kepada keadaan motosikal selain bertujuan menjual komponen motosikal itu,” katanya.

Baharuddin berkata kesemua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi motosikal serta kes penyalahgu­naan dadah dan mereka kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 379A, Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan.- Bernama

 ??  ?? ACP Baharuddin (dua, kiri) menunjukka­n motosikal curi iaitu 25 motosikal pelbagai model, lima rangka motosikal dan 12 kulit enjin serta beberapa komponen motosikal pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
ACP Baharuddin (dua, kiri) menunjukka­n motosikal curi iaitu 25 motosikal pelbagai model, lima rangka motosikal dan 12 kulit enjin serta beberapa komponen motosikal pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia