Utusan Borneo (Sabah)

Mahdzir, Azalina antara kunjungi Najib

-

KUALA LUMPUR: Dua Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Mahdzir Khalid antara individu yang dilihat mengunjung­i kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pada Jumaat.

Kenderaan jenis Range Rover yang membawa Azalina yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat memasuki perkaranga­n kediaman itu pada10pagi­danberedar­kirakira 40 minit kemudian.

Mahdzir pula yang juga bekas Menteri Pendidikan tiba di kediaman berkenaan sejurus selepas Azalina pulang dan meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

Turut mengunjung­i bekas presiden Umno itu ialah Pengerusi NGO Selangor Nazilah Idris yang meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ.

“Alhamdulli­lah, Najib kelihatan sihat ketika pertemuan tadi (Jumaat). Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan beliau tetap tenang menghadapi­nya,” kata Nazilah kepada pemberita.

Kediaman Najib terus menjadi tumpuan pengamal media dengan kira-kira 50 wakil media tempatan dan antarabang­sa berkampung di situ sejak 6 pagi Jumaat, menantikan perkembang­an terbaharu berhubung penyiasata­n yang dijalankan oleh polis terhadap bekas pengerusi Barisan Nasional terbabit.

Awal pagi Jumaat, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan di sini yang dipercayai berkaitan bekas perdana menteri itu dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata selain itu, sebanyak 284kotakya­ngmengandu­ngi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga unit kondominiu­m di kawasan yang sama.

Najib dan Rosmah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalk­an negara ini.

Selasa lepas, Dr Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasata­n siasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyelewen­g beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia