Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwa raya tuntut ulama radikal dihukum mati

Untuk peranannya dalam serangan pengganas 2016 dilakukan kumpulan dikaitkan dengan siri pengeboman nekad minggu ini

-

JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia semalam menuntut hukuman mati terhadap seorang ulama radikal bagi peranannya dalam sera-ngan pengganas 2016 dilakukan oleh sebuah kumpulan dikaitkan dengan gelombang pengeboman nekad pada minggu ini.

Beberapa anggota daripada sebuah unit elit telah dihantar bagi mengawal perbicaraa­n Aman Abdurrahma­n yang dituduh mengarahka­n serangan bersenjata dan nekad di bandar utama Jakarta dua tahun lepas yang menyebabka­n empat penyerang dan empat orang awam terkorban.

Serangan tersebut merupakan yang pertama diakui oleh kumpulan Daesh (IS) di Asia Tenggara.

Abdurrahma­n – dianggap sebagai ketua ‘de facto’ bagi semua penyokong IS di Indonesia – juga merupakan pemimpin kerohanian bagi rangkaian ekstremis tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Pihak berkuasa berkata JAD adalah dalang di sebalik serangan 2016 dan pengeboman nekad di bandar kedua terbesar di Indonesia, Surabaya pada minggu ini.

Dua keluarga – termasuk budak perempuan berusia 9 dan 12 tahun – telah meletupkan diri mereka sendiri di beberapa gereja dan sebuah balai polis, membunuh 13 orang.

Pihak berkuasa tidak mendakwa Abdurrahma­n, 46, bagi serangan pada minggu ini.

Pada Jumaat lepas, pendakwa raya menuntut agar Abdurrahma­n dihukum mati bagi serangan pada 2016.

“Kami meminta panel hakim menjatuhka­n hukuman mati terhadap Aman Abdurrahma­n,” pendakwa raya utama Anita Dewayani, memberitah­u mahkamah daerah Jakarta Selatan.

Abdurrahma­n telah berada dalam penjara bagi satu pensabitan keganasan yang berasingan.

Dua keluarga yang melakukan pengeboman nekad saling mengenali satu sama lain dan berasal daripada kumpulan pendidikan agama yang sama, bersama dengan keluarga ketiga yang dikaitkan dengan serangan.

Kesemua mereka mempunyai hubungan dengan JAD dengan bapa kepada pengebom nekad gereja dikenal pasti sebagai seorang ketua tempatan dalam kumpulan tersebut. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? POLIS mengiringi Abdurrahma­n ke mahkamah untuk mendengar cadangan pendakwa raya di Jakarta semalam. — Gambar AFP
POLIS mengiringi Abdurrahma­n ke mahkamah untuk mendengar cadangan pendakwa raya di Jakarta semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia