Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan keselamata­n gagalkan serangan pengganas di Quetta

-

ISLAMABAD: Pasukan keselamata­n Pakistan kelmarin menggagalk­an satu serangan pengganas besar di bandar barat daya Quetta, membunuh lima pengebom nekad, kata pihak tentera.

Sasaran serangan adalah sebuah pejabat tempatan bagi pasukan separa tentera Frontier Corps (FC).

“Sebuah van sarat dengan bahan letupan turut membawa lima pengebom nekad yang cuba memasuki pusat bantuan FC. Anggota tentera sukarela FC telah menembak ke arah pengganas dan membunuh mereka,” menurut pihak tentera dalam satu kenyataan.

Empat anggota tentera tercedera dalam kejadian tembak-menembak dengan penyerang, tambahnya.

Serangan yang gagal berlaku hanya beberapa jam selepas seorang pengebom nekad menyerang satu konvoi FC di bandar barat laut Nowshera, mencederak­an 10 orang.

Dua serangan terhadap FC berlaku sehari selepas pasukan tentera Pakistan membunuh Salman Badeni – seorang militan Islam berbahaya yang dikehendak­i bagi lebih 100 pembunuhan – di pedalaman Quetta, bandar utama wilayah terpencil Baluchista­n.

Tiada kumpulan militan segera mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan kelmarin, namun pihak tentera berkata cubaan untuk menyerbu pejabat FC di Quetta adalah satu “respons” kepada pembunuhan Badeni pada Rabu lepas.

Badeni adalah komander wilayah bagi kumpulan sekta Islam Lashkar-e-Jhangvi (LeJ), yang dianggap sebagai salah sebuah kumpulan militan paling kejam di Pakistan. Puak ekstremis Sunnah seperti LeJ menganggap pihak Syiah sebagai fahaman menyelewen­g.

LeJ telah dipersalah­kan ke atas kematian beratusrat­us penduduk Syiah dalam beberapa serangan di sekitar Pakistan, terutama di Baluchista­n.

Beberapa kumpulan militan Islam telah bergiat aktif di wilayah itu termasuk Taliban dan kumpulan kecil IS tempatan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI keselamata­n dan anggota separa tentera memeriksa lokasi di mana lima pengebom nekad cuba memandu sebuah van sarat dengan amunisi dan bahan letupan ke kemudahan tentera di Quetta, Pakistan kelmarin. — Gambar Reuters
PEGAWAI keselamata­n dan anggota separa tentera memeriksa lokasi di mana lima pengebom nekad cuba memandu sebuah van sarat dengan amunisi dan bahan letupan ke kemudahan tentera di Quetta, Pakistan kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia