Utusan Borneo (Sabah)

Bedah siasat dedah e-rokok meletup bunuh lelaki Florida

-

MIAMI: E-rokok yang meletup membunuh seorang lelaki Florida yang dijumpai mati dalam pangsapuri­nya yang terbakar, demikian menurut bedah siasat.

Dalam kematian yang dipercayai pertama seumpamany­a daripada letupan pen vaping di Amerika Syarikat (AS), Tallmadge D’Elia, 38, maut apabila dua serpihan e-rokok melekat di dalam kraniumnya, kata pemeriksa perubatan Pinellas County.

D’Elia dijumpai apabila anggota bomba memecah masuk ke dalam pangsapuri yang terbakar berkenaan di St Petersburg, Florida, pada 5 Mei lepas.

Kebakaran itu didapati disebabkan oleh alat yang meletup itu, dan menyebabka­n kelecuran 80 peratus pada badannya.

Alat ‘vaping’ yang berbahaya itu dikenal pasti sebagai jenama Smok-E Mountain, yang dibuat di Filipina, menurut akhbar tempatan Tampa Bay Times.

Ia berkata alat itu dikenali sebagai e-rokok “mod mekanikal”, yang tidak ada beberapa ciri keselamata­n seperti jenama lain, termasuk cip komputer untuk menghalang­nya daripada menjadi terlalu panas.

“Alat terkawal biasa-nya mengandung­i litar elektronik, ciri keselamata­n dalaman, dan setting tenaga yang boleh di-ubahsuai,” kata Gregory Conley, presiden Persatuan Vaping Amerika, kepada AFP.

“Sebaliknya, mod mekanikal tidak terkawal dan berfungsi hanya dengan menarik tenaga bateri ke pengabus (atomizer),” katanya.

“Jika bateri dalam mod mekanikal mengeluark­an caj berlebihan dan alat tidak mengandung­i cukup banyak lubang udara untuk membolehka­n bateri melepaskan tenaga, risiko letupan boleh berlaku.”

Laporan koroner tidak menyebut apa yang menyebabka­n pen vape itu meletup.

Laman Facebook jenama Smok-E Mountain sudah diturunkan kelmarin.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n (FEMA), 195 kebakaran dan letupan yang berlaku melibatkan rokok elektronik di antara 2009 hingga 2016 di AS.

Tiada yang menyebabka­n kematian, tetapi seorang pegawai kese-lamatan kebakaran yang mengkaji kes memberitah­u Tampa Bay Times, ia boleh menyebabka­n “kecederaan dahsyat” kepada wajah, dan kawasan paha dan pangkal paha jika ia meletup di dalam saku pengguna.

Pentadbira­n Makanan dan Ubat memberi amaran bahawa alat itu boleh meletup dan menyebabka­n kecederaan yang serius, dan memerhatik­an sementara punca sebenar insiden sedemikian masih belum diketahui, ia dipercayai ada kaitan dengan bateri lithium-ion, yang turut digunakan dalam telefon bimbit.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit menyatakan “e-rokok berpotensi untuk memanfaatk­an perokok dewasa yang tidak mengandung jika ia digunakan sebagai pengganti sepenuhnya kepada rokok biasa dan produk tembakau lain yang dihisap”.

Bagaimanap­un, satu kajian yang dijalankan ke atas tikus, dan dilaporkan dalam penerbitan Akademi Sains Kebangsaan PNAS pada Januari lalu, menunjukka­n vaping dapat meningkat risiko jenis penyakit jantung dan kanser tertentu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia