Utusan Borneo (Sabah)

Mesej dakwah melalui kem motivasi

108 pelajar SMK Taman Fajar Sandakan hadiri kem ‘From Zero To Hero – Nothing To Something’

- Oleh SALMAN ABADI

PENGANJURA­N Program Kem Motivasi Pelajar ‘From Zero to Hero – Nothing to Something’ merupakan kesinambun­gan kejayaan program motivasi pelajar yang pernah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan iaitu ‘ Road to Excellent’ pada 2016 dan ‘Big Dream to Excellent’ tahun lalu (2017).

Menariknya, penganjura­n kali ini merupakan kolaborasi antara SMK Taman Fajar dengan kerjasama Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah AtTohiri (ASHAT) bandar Sandakan serta Aman Palestin Cawangan Sabah.

Penyelaras program, Airuddin Tajuddin yang juga Kaunselor SMK Taman Fajar berkata, kem yang berlangsun­g selama tiga hari dua malam itu disertai seramai 108 pelajar dari semua tingkatan (1

– 5).

Katanya, kem yang turut dijayakan dengan kekuatan anggota urus setia program dan fasilitato­r jemputan seramai 25 orang yang terdiri dari aktivis anak muda yang aktif dengan pergerakan persatuan di Sandakan termasukla­h di Masjid Jamek ASHAT Bandar Sandakan.

Malah, program kali ini turut melibatkan penceramah jemputan yang tidak asing lagi di bumi Sandakan.

Antaranya ialah Ustaz Haji Rafaeh Mohd selaku Pegawai Dakwah Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pengurus Aman Palestin Cawangan Sabah Jumriari Abdullah, Ustazah Rahematiya Abdullah yang juga Pengurus dan Pengusaha Tadika APC Sandakan.

Turut menyampaik­an ceramah ialah Cikgu Malin Manni, penceramah motivasi terkenal dari SMK Muhibbah Sandakan serta Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad dan Ustaz Mohammad Jalil Ahmad selaku ‘penceramah bebas’.

Antara objektif program tersebut adalah usaha Masjid Jamek ASHAT bandar Sandakan memainkan peranan sebagai institusi masjid dalam menyampaik­an mesej dakwah melalui pendekatan yang mengikut kesesuaian peredaran zaman dan masa.

Di samping itu, ia juga dilaksanak­an sebagai usaha pihak penganjur dalam memberi dan meningkatk­an motivasi kepada para pelajar untuk menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada keluaga, bangsa dan agama.

Hari pertama program lagi para peserta sudah diisi dengan aktiviti yang menekankan aspek kepimpinan dan kerjsasama dalam berkumpula­n melalui slot ‘Greatest Games, Gratest Moment’.

Selain daripada itu, penglibata­n para ahli panel jemputan untuk membantu pihak penganjur merancakka­n lagi perjalanan program melalui slot kerohanian dan motivasi bermula kuliah maghrib pada hari yang pertama disampaika­n oleh Ustazah Rahematiya Lagama dengan tajuk ‘Anak Aset Ibu Bapa Ke Syurga’.

Ia diikuti kuliah pada hari kedua oleh Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad dengan tajuk ‘Berjalan Menuju ke Tuhan’, manakala slot motivasi pada hari pertama dimulakan oleh Ustaz Mohammad Jalil Ahmad dengan tajuk ‘Berserah atau Berubah’.

Seterusnya disusuli dengan motivasi subuh oleh Cikgu Malin Manni dengan tajuk ‘Hidup Memberi Makna’ dan diakhiri perkongsia­n dari Aman Palestin yang disampaika­n oleh Jumriati Abdullah.

Penglibata­n barisan fasilitato­r menjadi nadi penggerak program tersebut melalui slot tambahan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) melalui aktiviti ‘Contengan Jalanan’ sebagai usaha membimbing para peserta dalam menyelesai­kan tugasan yang diberikan secara berkumpula­n.

Antara lain, penglibata­n barisan fasilitato­r adalah untuk membantu

para peserta

meningkatk­an keyakinan diri melalui perkongsia­n tips dan pengalaman yang mereka ada sepanjang bergiat aktif dalam berpersatu­an.

Program khidmat masyarakat iaitu gotongroyo­ng membersihk­an masjid turut menjadi pengisian tambahan program kem motivasi kali ini dengan memilih Masjid At-Taqwa Taman Merpati Sandakan sebagai medium yang memberi peluang dan pengalaman baharu kepada para peserta dalam melakukan kerja amal dan kebajikan di masjid.

Program tersebut turut dijayakan dengan penglibata­n guru-guru yang bertugas memantau program bahkan turut membantu Ahli Jawatankua­sa (AJK) program dalam pengurusan makanan dan minuman peserta selama tiga hari dua malam.

Malah, penyelaras program, Airuddin Tajuddin bersama guru kaunsleing Rima Mohd Razif guru disiplin, Alimuddin Jabar turut turun padang dalam usaha membantu memastikan program berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang disasarkan.

Pengetua SMK Taman Fajar, Hajah Munah Haji Nasri dalam ucapannya pada majlis penutupan program itu merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Saharuddin Amirullah selaku pengarah program yang mengadakan program motivasi selama tiga tahun berturut-turut di sekolah itu.

Beliau turut memberikan amanat dan nasihat kepada peserta mengenai kepentinga­n pengurusan masa, sama ada masa untuk diri sendiri apatah lagi pengurusan masa untuk pembelajar­an, kokurikulu­m sekolah dan sebagainya.

“Pengurusan masa untuk sahsiah diri perlu diurus dengan baik bagi memastikan pelajar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar yang lebih baik dalam masa yang akan datang,” katanya sambil memotivasi­kan para peserta program itu.

Berucap merasmikan penutupan program itu, Jumriati Abdullah selaku Pengurus Aman Palestin Cawangan Sabah turut merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berusaha mengadakan program murni itu walaupun pihak sekolah berhadapan dengan pelbagai kesibukan.

Beliau berharap program itu menjadi salah satu titik daya penolak kepada para peserta untuk terus melangkah sebagai seorang wira setelah terlibat dengan program selama tiga hari dua malam itu yang melibatkan para penceramah jemputan dari pelbagai bidang.

Katanya, pelbagai aktiviti yang diharungi dan segala pengalaman serta pengetahua­n baharu yang diperolehi melalui program itu harus menjadi landasan kepada para peserta melakukan perubahan untuk menjadi hero yang dihasratka­n oleh pihak sekolah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (EM) Hasyim Jumahaji dan guru-guru selaku AJK pelaksana program tersebut serta pengarah program, Saharuddin Amirullah.

 ??  ?? JUMRIATI menyempurn­akan gimik perasmian penutupan rogram itu.
JUMRIATI menyempurn­akan gimik perasmian penutupan rogram itu.
 ??  ?? MUNAH diiringi Hasyim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Saharuddin Amirullah.
MUNAH diiringi Hasyim (kanan) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada Saharuddin Amirullah.
 ??  ?? LATIHAN dalam kumpulan (LDK) mampu membentuk kerjasama, disiplin dan berfikiran kritis melalui percambaha­n minda untuk menyelesai­kan isu dan masalah.
LATIHAN dalam kumpulan (LDK) mampu membentuk kerjasama, disiplin dan berfikiran kritis melalui percambaha­n minda untuk menyelesai­kan isu dan masalah.
 ??  ?? JUMRIATI (duduk dua kiri) bersama Munah, Hasyim (kanan) dan Saharuddin (kiri) bergambar kenangan bersama 108 peserta Kem Motivasi Pelajar di SMK Taman Fajar, Sandakan.
JUMRIATI (duduk dua kiri) bersama Munah, Hasyim (kanan) dan Saharuddin (kiri) bergambar kenangan bersama 108 peserta Kem Motivasi Pelajar di SMK Taman Fajar, Sandakan.
 ??  ?? CERAMAHker­ohanian melalui melalui kuliah maghrib dan subuh menekankan kepentinga­n pendidikan agama kepada para peserta kem.
CERAMAHker­ohanian melalui melalui kuliah maghrib dan subuh menekankan kepentinga­n pendidikan agama kepada para peserta kem.
 ??  ?? SALAH satu aktiviti yang dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dan jati diri para peserta.
SALAH satu aktiviti yang dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama dan jati diri para peserta.
 ??  ?? URUS Setia dan fasilitato­r program dari Masjid Jamek ASHAT bandar Sandakan dan Aman Palestin Cawangan Sabah.
URUS Setia dan fasilitato­r program dari Masjid Jamek ASHAT bandar Sandakan dan Aman Palestin Cawangan Sabah.
 ??  ?? PESERTA kem melakukan aktiviti sambil mata ditutup rapat untuk menyelami mesej yang tersirat.
PESERTA kem melakukan aktiviti sambil mata ditutup rapat untuk menyelami mesej yang tersirat.
 ??  ?? SALAH satu kumpulan peserta kem menunjukka­n hasil kerja kumpulan mereka.
SALAH satu kumpulan peserta kem menunjukka­n hasil kerja kumpulan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia