Utusan Borneo (Sabah)

SMK Labuan anjur Charity Fun Run and Ride pada 22 Julai depan

-

LABUAN: SMK Labuan akan menganjurk­an Charity Fun Run and Ride 2018 pada 22 Julai (Ahad) depan di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata terdapat dua kategori iaitu Fun Run Men Open sejauh 5 kilometer dan Fun Run Women Open

(5 km) serta Fun Ride Men & Women

Open (20 km).

Katanya, pelepasan peserta akan bermula pukul 6.30 pagi dengan melalui beberapa jalan utama di pulau bebas cukai itu.

Beliau berkata pihaknya mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM65 untuk semua acara yang diadakan.

“Kami akan memberikan cenderamat­a kepada setiap penyertaan. Peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima medal dan t-shirt kepada peserta yang mendaftar,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat AJK PIBG SMK Labuan di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah, kelmarin.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Haji Md Yusof Haji Chuchu.

Tambah Ismail, 10 peserta terbaik bagi kategori Fun Run Men Open dan Fun Run Women Open akan menerima hadiah wang tunai.

Mereka yang berminat boleh mengambilb­orangpenye­rtaandipej­abat SMK LABUAN (waktu pejabat sahaja) atau mendaftar secara dalam talian di http://gg.gg/SMKLFRR201­8.

Peserta juga boleh menghubung­i penganjur untuk pertanyaan lanjut menerusi Jaya Masir: www.wasap. my/0198217575, Shasiah Otiman: www.wasap.my/0142800190 dan Lui Teck Huoy: www.wasap. my/0198979956.

Ismail berkata keterangan lanjut mengenai program itu juga boleh diperolehi menerusi WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/ I5j8ft8KUA­a08kOgJlAg­o0.

“Boleh juga cari kami di laman facebook SMK LABUAN CHARITY FUN RUN & RIDE 2018 https:// www.facebook.com/SMKLabuan-Fun-Run-Ride-2018194102­251372290,”katanya. Pihak penganjur juga menyediaka­n cabutan bertuah kepada semua peserta yang berdaftar.

Oleh itu, Ismail mengalualu­kan penyertaan peserta dari dalam dan luar Labuan sekaligus memeriahka­n program yang julung kalinya diadakan itu.

Tarikh tutup pendaftara­n pada atau sebelum 20 Jun 2018.

 ??  ?? ISMAIL (dua kanan) dan Haji Md Yusof (dua kiri) bersama AJK PIBG menunjukka­n poster SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018.
ISMAIL (dua kanan) dan Haji Md Yusof (dua kiri) bersama AJK PIBG menunjukka­n poster SMK Labuan Charity Fun Run and Ride 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia