Utusan Borneo (Sabah)

21 pasukan sertai Kejohanan Bola Keranjang Remaja Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 21 pasukan menyertai Kejohanan Bola Keranjang Remaja 17 Tahun Ke Bawah Peringkat Negeri Sabah Ke-49 yang akan berlangsun­g di Dewan Tun Mustapha, Kudat pada 27 Mei-2 Jun.

Penyertaan itu terdiri daripada 21 pasukan lelaki dan sembilanpe­rempuanmew­akili daerah Kota Marudu, Kota Kinabalu,Keningau,Sipitang, Tambunan, Kinabatang­an, Beaufort, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Wilayah Persekutua­n Labuan dan tuan rumah Kudat.

Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah (SABA) Phan Chee Yong memaklumka­n perkara itu semasa mengetuai rombongan SABA melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon di pejabat kementeria­n di Wisma MUIS, Sembulan pada Jumaat.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Awg Damit Ag. Anak, Ketua Penolong Setiausaha KBSS Mat Jaidin Md. Yassin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) Terrence E. Pudin, penasihat SABA Phang Jyn Yen, Naib-Naib Presiden SABA, Kapitan Fung Chun Fatt, Ho Shin Yung dan Lim Chee Yean serta ahli majlis tertinggi persatuan dan badan gabungan.

Phan berkata, persiapan penganjura­n kejohanan itu telah mencapai 90 peratus termasuk penyediaan penginapan untuk pemain.

“Kejohanan ini merupakan pertanding­an paling popular di negeri ini. Bagi SABA, kejohanan ini akan menjadi medan untuk memilih pemain terbaik mewakili Sabah menyertai Kejohanan Bola Keranjang Remaja 17 Tahun Ke Bawah Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) Ke-54, 2018 yang akan berlangsun­g di Stadium MABA, Kuala Lumpur pada 18-24 Jun.

“Sehubungan dengan itu, SABA dengan sukacitany­a menjemput Yang Berhormat Menteri (Frankie) untuk menyempurn­akan majlis perasmian kejohanan ini yang diadakan pada 28 Mei bermula 7.00 malam,” katanya.

Menurutnya, SABA membelanja­kan kira-kira RM200,000-RM300,000 setiap tahun untuk menghantar pasukan lelaki dan perempuan Sabah menyertai tiga kejohanan utama kebangsaan iaitu Kejohanan Bawah 15 dan 17 Tahun serta Piala Agong.

“Beban kewangan yang dipukul ini amat berat. Oleh itu, SABA amat berterima kasih kepada para penaja dan juga pihak KBSS melalui MSNS atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam meringanka­n beban kewangan yang dihadapi oleh persatuan ini,” tambah beliau.

Phan berkata, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, sukan bola keranjang di Sabah berkembang dengan amat pesat dan lancar berbanding negeri-negeri lain.

“Oleh itu, saya amat berharap KBSS dapat mempertimb­angkan untuk menghantar pasukan bola keranjang Sabah menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2020. SABA telah memulakan persiapan membentuk pasukan terbaik ke temasya SUKMA itu,” katanya.

Sambil itu, Phan bagi pihak warga bola keranjang Sabah turut mengucapka­n tahniah di atas pelantikan Frankie selaku menteri KBSS dan Arunarnsin Taib selaku pembantu menteri KBSS yang baharu.

Katanya,SABAmenyok­ong penuh dan sedia berkerjasa­ma demi memajukan dan menaikkan martabat sukan negeri ini.

Frankie dalam maklumbala­snya pula merakamkan terima kasih padaSABAke­ranamenjem­put beliau untuk merasmikan kejohanan negeri berprestij itu dan telah menyatakan persetujua­nnya untuk menyempurn­akan majlis berkenaan.

“Saya juga gembira apabila diberitahu bahawa sukan bola keranjang kini bukan lagi sukan yang dimainkan oleh masyarakat Cina sahaja tetapi di Sabah perkembang­an sukan ini dalam kalangan pemain-pemain bukan kaum Cina begitu pesat sekali.

“Ini membuktika­n sukan sememangny­a mampu membina masyarakat majmuk yang harmoni, dan saya juga bangga kerana Sabah mempunyai pencapaian yang baik di kejohanan kebangsaan.

“Kementeria­n ini akan terus memberikan sokongan padu kepada semua persatuan dan aktiviti sukan di bawah naungan MSNS termasuk meneruskan sokongan dalam bentuk kewangan”kata Frankie.

 ??  ?? FRANKIE (sembilan dari kiri), Phang (tujuh dari kiri) dan Phan (lapan dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KBSS dan anggota rombongan SABA semasa kunjungan hormat di Wisma Muis pada Jumaat.
FRANKIE (sembilan dari kiri), Phang (tujuh dari kiri) dan Phan (lapan dari kiri) bersama pegawai-pegawai kanan KBSS dan anggota rombongan SABA semasa kunjungan hormat di Wisma Muis pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia