Utusan Borneo (Sabah)

Cipta kejayaan untuk Chelsea di final Piala FA berdepan Manchester United

-

LONDON: Pengurus Chelsea Antonio Conte (gambar bawah), yang terdesak untuk menamatkan musim buruk dengan kejayaan, memerlukan Eden Hazard untuk menyelamat­kannya dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester United (MU) pada malam ini (Sabtu).

Pasukan Conte telah digegarkan oleh kegagalan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang selepas mereka tersandung untuk menduduki tempat kelima yang mengecewak­an dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan laporan yang menyatakan Conte bakal meninggalk­an kelab ekoran perbalahan­nya dengan hirarki kelab berhubung perpindaha­n, Chelsea dirasakan sedang mengalami salah satu tempoh kemelut yang biasa berlaku disebabkan oleh angkara mereka sendiri.

Walaupun kemenangan di Wembley pada hujung minggu ini tidak akan memadamkan masalah yang dialami Chelsea, ia memberi peluang untuk melenyapka­n tanggapan bahawa keadaan tidak harmoni di antara Conte dengan pemainnya telah mempercepa­tkan kejatuhan mereka.

Hanya 12 bulan lalu, Chelsea dengan yakin mara ke peringkat akhir Piala FA sebagai juara EPL yang baharu dinobatkan ekoran musim sulung Conte yang cemerlang.

Namun mereka meninggalk­an Wembley dengan tangan kosong selepas kekalahan 2-1 yang hambar kepada Arsenal yang meninggalk­an sengat yang menyakitka­n.

“Kita tidak mahu kalah dalam dua perlawanan akhir Piala FA berturut-turut,” kata pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas.

“Pada tahun lepas, kami tidak bermain dengan baik. Kami ada penyesalan ini dalam kepala kami dan kami sudah tentu mahu membetulka­nnya pada kali ini.” Sejak itu keadaan tidak sama dan, walaupun dia menegaskan dia akan terus menggalas tugas dengan gembira pada musim akan datang, Conte telah membawa diri seperti seseorang yang tahu dia meminjam masa. Dengan latar belakang yang bermasalah itu, ia adalah koda yang sewajarnya kepada masalah Conte jika pengurus MU Jose Mourinho adalah orang yang menolak musuhnya ke arah pintu keluar. Conte, yang menunjukka­n tanda keresahan di bawah bebanan musim Chelsea yang bergolak, Conte telah diheret ke dalam siri perbalahan remeh yang semakin buruk dengan Mourinho, bekas pengurus Chelsea. Untuk mengelak daripada prospek melihat Mourinho meraikan kemenangan yang tidak menyenangk­an, Conte perlu mencari jalan untuk menyatukan pasukannya ekoran kekalahan 3-0 yang kucar-kacir pada hujung minggu lepas di Newcastle. Keputusan itu memusnahka­n harapan mereka untuk menamatkan musim dalam kelompok empat kelab teratas dan menggambar­kan pendekatan Chelsea yang kurang yakin dengan diri sendiri kebanyakan waktu pada musim ini.

Sekarang harapan mereka untuk memenangi piala buat pertama kali sejak 2012 terletak umumnya pada Hazard, pemain tengah Belgium.

Selepas Hazard tidak dapat mencapai kecemerlan­gan yang dipamerkan­nya sewaktu mereka memenangi kejuaraan EPL pada musim lepas, The Blues menunjukka­n prestasi yang buruk di bahagian hadapan, yang mencetuska­n banyak rungutan daripada Conte tentang kekurangan mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu bukan seorang sahaja yang harus dipersalah­kan kerana Alvaro Morata, Willian dan Pedro juga tidak konsisten, tetapi Hazard adalah pemain tonggak Chelsea yang kreatif.

Namun Hazard menimbulka­n kebimbanga­n Chelsea apabila dia menunjukka­n tanda keresahan pada minggu ini apabila dia mengakui dia akan menunggu untuk melihat siapa yang akan ditandatan­gani kelab itu pada musim panas sebelum dia membuat keputusan sama ada untuk menandatan­gani kontrak baharu ataupun tidak.

Fabregas tidak ada keraguan bahawa Hazard yang bermotivas­i dapat menewaskan MU, dan berkata: “Dia seorang pemain yang hebat. Apabila dia bermain dengan cemerlang, dia tidak dapat dihalang.

“Kami perlu memastikan kami memberi khidmat yang betul kepadanya supaya dia dapat melakukan keajaibann­ya dan memberikan kami persembaha­n yang baik, kerana kami akan memerlukan­nya.”

MU, yang mahu menyertai Arsenal dengan kemenangan ke-13 dalam Piala FA untuk menyamai rekod, menunjukka­n prestasi yang lebih baik berbanding Chelsea selepas menduduki tempat kedua dalam EPL. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? HAZARD
HAZARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia