Utusan Borneo (Sabah)

Aguero terasa ‘seperti baharu’

-

BUENOS AIRES: Penyerang Argentina Sergio Aguero kelmarin berkata dia rasa “seperti baharu” dan bersedia untuk bermain dalam “Piala Dunia terbaik” di Rusia walaupun mengalami kecederaan lutut sejak beberapa bulan lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak bermain untuk Manchester City sejak mereka ditewaskan oleh Liverpool pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada 10 April lepas, dan jurulatih Argentina Jorge Sampaoli mempunyai banyak pilihan di barisan serangan sebelum dia menamakan skuad Piala Dunia.

“Lutut saya seperti baharu, saya selalu ada masalah. Tetapi sekarang saya rasa berbeza, saya dapat membengkok­kannya dan ia melegakan,” katanya kepada saluran TV di Argentina, TyC.

Aguero sudah bermain 84 kali sejak dia tampil buat pertama kalinya pada peringkat antarabang­sa pada 2006, menjaringk­an 36 gol, tetapi berdepan dengan saingan yang kuat untuk tempat dalam barisan kesebelasa­n utama Sampaoli.

Dengan Lionel Messi yang dijamin akan menyertai pasukan, Aguero perlu menangkis cabaran daripada dua pemain Juventus, Gonzalo Higuain dan Paulo Dybala, penyerang Roma, Diego Perotti, dan pemain Inter Milan, Mauro Icardi.

Namun, selepas tidak pernah menjaringk­an gol dalam lapan perlawanan Piala Dunia pada masa lalu, Aguero menegaskan dia bersedia untuk “Piala Dunia terbaik”.

Argentina, juara dunia sebanyak dua kali, telah diberi undian yang sukar bersama Croatia, Nigeria dan Iceland dalam Kumpulan D, dengan perlawanan pembukaan menentang pasukan dari Scandinavi­a berkenaan, yang layak buat julung kalinya, di Moscow pada 16 Jun. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia