Utusan Borneo (Sabah)

Payet tiada dalam senarai skuad Perancis ke Piala Dunia

-

PARIS: Bintang Marseille (OM), DimitriPay­et(gambar),tidakada dalam skuad Piala Dunia Perancis yang diumumkan oleh jurulatih Didier Deschamps kelmarin, sekali gus melengkapk­an masa 24 jam yang sengsara bagi pemain tengah itu.

Bekas pemain West Ham United itu terpaksa dikeluarka­n akibat kecederaan hamstring padaseparu­hmasaperta­madalam kekalahan OM kepada Atletico Madrid dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu lepas, dan keraguan mengenai kecergasan memujuk Deschamps untuk mengetepik­annya daripada skuad 23 pemain.

“Dimitri Payet merupakan calon yang serius bagi tempat dalam skuad. Dia bermain dalam masa setengah jam pertama (menentang Atletico) tetapi dia memburukka­n lagi kecederaan­nya, dan masa pemulihan yang diperlukan untuk kecederaan seperti itu adalah tiga minggu,” kata Deschamps selepas mengumumka­n skuadnya secara langsung menerusi program berita petang stesen televisyen TF1.

“Tetapi memandangk­an ia adalah kecederaan otot, ia berisiko berlaku semula.”

Payet merupakan salah seorang bintang Perancis di Euro 2016, apabila mereka mara ke peringkat akhir selaku tuan rumah sebelum mereka tewas kepada Portugal.

Namun dia juga telah menjadi mangsa kepada jumlah pilihan dalam barisan serangan yang ada bagi Deschamps, yang memilih rakan sepasukan Payet di OM, Florian Thauvin, dan kapten Lyon, Nabil Fekir.

Pemain pertahanan kiri Manchester City Benjamin Mendy turut dipilih walaupun jarang sekali bermain untuk pasukan Pep Guardiola sejak dia pulih daripada kecederaan lutut yang serius.

“Ia sentiasa kelihatan mustahil sehingga ia berlaku,” tulis Mendy dalam Twitter.

Antoine Griezmann akan mengetuai serangan, selepas menjaringk­an dua gol untuk Atletico dalam perlawanan akhir Liga Europa.

Nama penting seperti penjaga gol Hugo Lloris, pemain tengah Manchester United Paul Pogba, penyerang Chelsea, Olivier Giroud, dan bintang muda Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, semua dipilih.

“Saya mempunyai impian untuk menyertai Piala Dunia ini seperti semua kanak-kanak yang akan menonton Piala Dunia ini,” kata Mbappe, 19.

“Tetapi sekarang ia adalah satu realiti dan saya akan berusaha dalam latihan untuk menjadi pemain yang terbaik bagi membantu pasukan.”

Bagaimanap­un pemain Arsenal, Alexandre Lacazette, terpaksa berpuas hati dengan tempat sebagai seorang daripada 11 pemain dalam senarai pengganti, yang boleh dikerahkan jika berlaku kecederaan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia