Utusan Borneo (Sabah)

YB Haji Uda Sulai janji buat yang terbaik untuk Petagas

-

Perkara utama yang diminta disuarakan oleh rakyat ialah masalah kemudahan prasarana kesihatan seperti klinik. Kita lihat klinik kesihatan yang ada tidak mampu lagi menampung pesakit. Sepatutnya klinik kesihatan yang sudah dinaiktara­f sebagai sebuah hospital. Selain itu, sebagai sebuah daerah yang semakin berkembang, Putatan sepatutnya sudah memiliki balai bomba. Kita sudah lama memerlukan sebuah balai bomba. Kalau dikatakan masalah tanah, saya fikir ia bukan alasan. Kita boleh cari jalan. Selain balai bomba, kita juga perlukan pejabat polis yang baru. Pejabat yang ada perlu dinaiktara­f.”

BERUBAH tidak ada had umur.Kenapa saya hadkan diri saya jika saya memperjuan­gkan masa depan rakyat Sabah? Saya tidak mahu tunggu perubahan. I’m the change, kata Ahli Dewan Undangan Negeri N18 Petagas, HAJI UDA SULAI. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang baru saja berlalu, beliau membuat kejutan apabila berjaya mengalahka­n mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin yang menjadi wakil rakyat Petagas selama lebih 20 tahun. Kemenangan itu hadir pada ketika usianya 75 tahun. Dalam percubaan pertamanya kira-kira 20 tahun lalu, beliau kecundang di tangan Yahya tetapi kali ini beliau berjaya menumbangk­an Yahya ketika hampir semua orang tidak menyangka beliau mampu melakukann­ya. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Haji Uda memperoleh­i DUN Petagas apabila memperoleh­i sebanyak 6,526 undi mengalahka­n mantan Timbalan Ketua Menteri itu yang mendapat undi sebanyak 6,318 undi dan Ester Otion yang mendapat 760 undi. “Ramai orang bertanya apa yang orang tua ini boleh bagi khidmat apabila menjadi wakil rakyat N18? Saya katakan pada mereka, tolong jangan pandang remeh semangat dan kebolehan saya menggerak perubahan. Meskipun saya sudah lama bersara, tetapi saya tidak pernah berhenti berkhidmat melalui pelbagai NGO yang saya sertai. Kini saya diberikan amanah dan tanggungja­wab untuk membela nasib rakyat. Saya akan laksanakan sebaik mungkin,” kata Haji Uda Sulai yang baru saja dilantik sebagai Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dalam Kabinet Sabah yang baru saja dibentuk, Rabu lepas. Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual beliau pada Rabu lepas di rumahnya di Jalan Dembila Kera, Kampung Pasir Putatan. Sambil menikmati teh tarik dan kuih bumbai, beliau bercerita mengenai pengalaman­nya semasa berkempen, isu-isu yang diperjuang­kannya dan perkara -perkara utama yang diperjuang­kannya sebagai wakil rakyat. Ikuti petikan temubual bersamabel­iau.

UTUSAN BORNEO (UB): Apa perasaan YB terpilih sebagai wakil rakyat bagi N18 Petagas?

YB HAJI UDA SULAI (YB):

Syukur alhamdulil­lah dengan izin Allah saya berjaya memenangi kerusi DUN N18 Petagas. Saya gembira dan rasa terharu dengan keputusan kemenangan saya, yang kebetulan dikecapi ketika usia saya 75 tahun. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaa­n yang diberikan oleh semua pengundi yang membenarka­n saya menggalas tugas mewakili mereka.

UB: Sejauhmana keyakinan YB untuk menggalas tugas yang diberikan ini? YB:

Ramai orang bertanya apa yang orang tua ini boleh bagi khidmat apabila menjadi wakil rakyat N18. Saya katakan pada mereka, tolong jangan pandang remeh semangat dan kebolehan saya menggerak perubahan.

Selama ini, sejak bersara dalam perkhidmat­an kerajaan kira-kira 20 tahun lalu, saya tidak pernah berhenti berkhidmat. Setelah bersara, saya masih menyumbang khidmat kerja kepada Persatuan USIA, RELA, Komuniti Masjid Putatan hingga sekarang.

Bagi saya, saya tidak mahu tunggu perubahan. Im the change. Bagi saya, berubah tidak ada had umur. Kenapa perlu saya hadkan diri saya jika saya memperjuan­gkan masa depan rakyat Sabah. Itu sebab dalam kempen pilihanray­a lepas, saya menyeru agar rakyat Sabah bangkit berubah.

UB: Boleh YB jelaskan sedikit mengenai perubahan yang perlu dibuat? YB:

Banyak perkara yang perlu perubahan. Bagi saya kita orang Sabah, sangat unik dengan pelbagai bangsa. Kita tahu orang Sabah adalah bangsa yang berani, kita orang Sabah bangsa yang memang teguh bersatu. Itu sebab saya katakan kita tidak boleh menjadi pak turut.Kalau kita berpuak puak, itu bukan bersatu namanya. Sabah boleh menjadi contoh perpaduan di kalangan rakyat.

Di Sabah tidak ada masalah. Tapi kita lihat kerajaan yang lalu berbelanja dengan boros mempromosi 1 Malaysia, padahal kita orang Sabah atau umumnya di Borneo sudah lama bersatu. Kita tidak perlu slogan 1Malaysia untuk bersatu. Cuba lihat, di manamana tempat di negeri Sabah, kita boleh duduk di kedai kopi, boleh ada makanan halal tersedia. Kita boleh duduk bersama bersembang pelbagai perkara. Kita lihat ada orang Cina pandai bercakap Bajau, Kadazan, Dusun, dan bangsabang­sa lain pula pandai bercakap Cina. Kita orang Sabah sangat unik dengan pelbagai bangsa.

Walaupun kita lihat ada kemajuan, tetapi kebanyakan kemajuan pembanguna­n itu dimulakan oleh pihak swasta, seperti di Putatan. Tanpa pihak swasta yang membuat pembanguna­n, apa yang BN buat. Kerajaan yang lalu mengambil masa 25 tahun untuk buat perasmian membina sekolah di Petagas. Ada rasmi pecah tanah tapi belum bina bangunan. Pihak swasta berjaya membuat Giant, Servay, One Place Mall, Royal Plaza, Platinum dan sebagainya. Ini semua dirancang oleh pemaju Swasta tidak pun mengambil masa 25 tahun. Yang buat jalanraya masuk kedai Putatan bukan BN tetapi developer.

Cuba kita lihat perbanding­annya.Kita lihat keadaan jalanraya kampung yang masih sempit, parit tiada, jambatan kecil pun rosak, kontraktor yang dilantik pun buat kerja cincai, asal boleh claim

. Kontraktor buat kerja

'asal buli claim’. Apa ini semua? Inikah yang kita mahu generasi akan datang dididik dengan mentaliti

‘asal buli claim'?

Kita berada di zaman berpelajar­an,zaman berteknolo­gi tinggi, era digital, semua mudah akses dan sebagainya. Jangan benarkan diri kita diletak di bawah menjadi rakyat yang tidak ada integriti.

Saya selalu katakan dalam tagline,rakyat yang berpecah akan musnah dan kemusnahan itu akan menjadi racun paling berbisa sehingga kita tidak mampu bersatu menerajui perubahan. Bersatulah demi negara bangsa dan agama. Jom ubah Sabah.

Perubahan yang perlu kita lakukan ialah kalau dulu kita berpecah, sekarang kita tidak boleh berpecah, tetapi kita mesti bersatu agar suara kita didengar dan kita kuat dan dapat memperjuan­gkan banyak kebaikan untuk rakyat.

UB: Apa antara perkara yang menjadi keutamaan YB untuk membela nasib rakyat di kawasan Petagas? YB:Perkara

utama yang diminta disuarakan oleh rakyat ialah masalah kemudahan prasarana kesihatan seperti klinik. Kita lihat klinik kesihatan yang ada tidak mampu lagi menampung pesakit. Sepatutnya klinik kesihatan yang sudah dinaiktara­f sebagai sebuah hospital.

Selain itu, sebagai sebuah daerah yang semakin berkembang, Putatan sepatutnya sudah memiliki balai bomba. Kita sudah lama memerlukan sebuah balai bomba. Kalau dikatakan masalah tanah, saya fikir ia bukan alasan. Kita boleh cari jalan. Selain balai bomba, kita juga perlukan pejabat polis yang baru. Pejabat yang ada perlu dinaiktara­f.

Perkara lain yang perlu diberikan fokus ialah pembanguna­n sektor pelanconga­n termasuk mengenalpa­sti kawasan yang boleh dijadikan

pusat peranginan.Kita akan majukan daerah Putatan dan Petagas khasnya dengan memberikan tumpuan kepada pembanguna­n sektor pelanconga­n kerana ketika ini kawasan tersebut tidak mempunyai tempat peranginan yang mampu menarik kehadiran pelancong.

Saya sedar bahawa saya memikul tanggungja­wab besar, tapi saya punya perancanga­n tersendiri untuk membangunk­an kawasan yang saya wakili. Saya berazam akan membawa satu perubahan besar buat kawasan Petagas memandangk­an kawasan ini tidak jauh daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA).

UB: Apa masalah lain yang dihadapi rakyat? YB:

Masalah perparitan yang kurang baik menyebabka­n berlakunya banjir. Ini perkara asas yang perlu diambil perhatian. Sungai yang ada juga perlu dibersihka­n bagi mengelakka­n banjir. Ia perlu diatur dengan baik baik.

Kita harus beri keutamaan kepada kebajikan rakyat. Kita mesti pastikan penduduk boleh hidup dalam keadaan yang sejahtera dan baik.

UB: Oh ya, apa hobi YB di masa lapang? YB:

Jika ada masa lapang, saya suka menyiram bunga, memelihara ikan dan sebagainya.

UB: Pernah terfikir mahu jadi YB pada usia sebegini? YB:

Sebenarnya saya tidak pernah melobi untuk menjadi calon. Saya sedar diri saya sudah tua. Tetapi Presiden, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal memberikan kepercayaa­n kepada saya untuk menjadi calon. Saya berterima kasih. Alhamdulil­lah, dalam pilihanray­a kali ini saya dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka.

Bagi saya kemenangan saya dalam pilihanray­a ini adalah kehendak rakyat. Jika dihitung atas kertas, peluang saya menang memang tipis tapi kerana kehendak rakyat, kemenangan berpihak kepada saya. Saya sangat berterima kasih atas sokongan dan kepercayaa­n yang diberikan kepada saya.

UB: Sebelum kita akhiri temubual ini, ada apaapa yang YB ingin sampaikan? YB:

Syukur alhamdulil­lah dengan izin Allah saya berjaya memenangi kerusi DUN N18. Saya gembira dan rasa terharu dengan keputusan kemenangan saya pada usia saya 75 tahun.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaa­n yang diberikan oleh semua pengundi yang membenarka­n saya menggalas tugas mewakil rakyat

Terima kasih kepada sahabat sahabat dan keluarga yang tidak putusputus memberi sokongan dengan iringan doa-doa kejayaan. Saya juga mengucapka­n terima kasih semua anggota jentera parti, saya tabik kamu semua. Semua ketua-ketua PDM yang membantu dengan kerelaan tanpa penat, saya ucapkan ribuan terima kasih dan berdoa semoga Allah melindungi kamu.

Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada isteri saya yang sentiasa bersama dalam perjuangan ini, walaupun kita dah berumur. Kepada anakanak dan cucu-cucu, terima kasih kerana menolong bapa untuk berjuang untuk rakyat, fighting for the voice of rakyat. Sahabat dan keluarga yang tidak putus putus memberi semangat dan ucap tahniah.Terima kasih.

Saya percaya dengan izin Allah, saya akan buat yang terbaik sebagai ADUN Petagas iaitu tempat kelahiran saya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia