Utusan Borneo (Sabah)

Denda RM100,000 jika bersalah

Peniaga bazar Ramadan diarah letak tanda harga pada jualan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Semua peniaga di bazar Ramadan diarahkan untuk meletakkan tanda harga pada setiap unit barangan yang dipamerkan di meja jualan masingmasi­ng.

Jurucakap Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Tuaran berkata arahan terbabit dikeluarka­n semasa pihaknya melakukan pemeriksaa­n di bazar Ramadan Beringgis dan Pekan Tuaran.

Katanya dalam pemeriksaa­n ini pihaknya turut mengagihka­n notis peringatan penandaan harga oleh peniaga mengikut perintah 3 (1) perintah kawalan harga (Penandaan harga oleh peniaga runcit) 1993.

“Kegagalan mematuhi perintah ini adalah menjadi kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau keduaduany­a sekali.

“Peniaga juga boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM50,000 bagi kesalahan yang boleh dikompaun,” katanya.

Tambahnya pihaknya akan melakukan pemeriksaa­n setiap hari terhadap gerai jualan di Kota Belud dan Ranau bermula Khamis.

Sementara itu kira-kira 78 gerai menjual makanan dan minuman turut diperiksa sepasukan anggota KPDNKK di bazar Ramadan Asia City.

“Kegagalan mematuhi perintah ini adalah menjadi kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Peniaga juga boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM50,000 bagi kesalahan ” yang boleh dikompaun. Jurucakap KPDNKK Tuaran

 ??  ?? SALAH satu gerai yang diperiksa oleh anggota KPDNKK di Asia City.
SALAH satu gerai yang diperiksa oleh anggota KPDNKK di Asia City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia