Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan rakyat perlu untuk bina negara berkebajik­an

-

KUALA TERENGGANU: Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajik­an mengikut acuan Islam berjaya mencapai matlamatny­a, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan kepentinga­n agama melebihi kepentinga­n diri dengan membenarka­n kerajaan melaksanak­an dahulu pentadbira­n mengikut ajaran Islam sebelum bertindak meminta apa- apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kepentinga­n peribadi masing- masing.

“Yang penting ialah melaksanak­an hukum Allah dahulu. Jangan pula bila dah menang kena dengar permohonan aku (rakyat) nak mintak tanah, nak itu nak minta ini. Inilah perangai orang Yahudi yang di zaman dahulu terhadap rasul dan nabi yang menyeru ke jalan Allah. Mereka bukan nak menegakkan agama Allah tetapi berjuang untuk kepentinga­n diri sendiri.

“Dalam negara berkebajik­an, Islam menggalakk­an rakyatnya membuat kebajikan, bukan tunggu sahaja negara buat kebajikan. Kita tengok zaman dahulu, semangat umat Islam bina masjid pakat guna duit sendiri kerana nakkan pahala dengan titik peluh mereka;” katanya ketika menyampaik­an kuliah di Masjid Rusila, pada Jumaat.

Tambahnya, memang tidak dinafikan kerajaan bertanggun­gjawab untuk buat kebajikan tetapi ia jadi lebih sempurna jika semua pihak memainkan peranan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatk­an umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap masalah umat Islam di seluruh dunia yang sedang menderita akibat kekejaman sesetengah orang kafir seperti di Palestin, Rohingya dan lain- lain dengan cuba membantu sama ada melalui doa mahupun wang ringgit. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia