Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan keharmonia­n agama dan suku kaum di Sabah

-

KOTA KINABALU: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Sabah menyeru kepada seluruh rakyat tanpa mengira suku ras dan agama, agar terus bersama mempertaha­nkan keharmonia­n kepelbagai­an kaum dan agama di negeri ini.

“Hal ini pasti dapat dikekalkan jika kita sepakat untuk menolak fahaman politik sempit yang berbaur perkauman,“kata Setiausaha Abim Sabah Mohd Nur Hilmie Milus (gambar).

Beliau menggesa agar rakyat tidak bertelingk­ah dan mengadu domba antara satu sama lain hanya kerana berbeza fahaman dan ideologi politik seperti yang disebutkan dalam alQuran Surah Al-Hujurat ayat 13, yang menyeru agar manusia yang diciptakan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar saling kenal-mengenal.

Menurutnya, adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya kita terus berbalah antara satu sama lain hingga merosakkan hubungan baik antara kaum dan agama yang telah lama terjalin di negeri kita yang tercinta ini.

Oleh itu, Abim Sabah juga mengajak kepada semua lapisan masyarakat untuk kita terus memberikan fokus sepenuhnya pada agenda ‘Pembinaan Bangsa Malaysia’, yang mana kepelbagai­an harus diraikan dalam bingkai kesatuan.

Katanya, Abim Sabah sekali lagi mengajak agar semua rakyat Sabah untuk menghormat­i keputusan yang ditetapkan menurut perundanga­n dan perlembaga­an Sabah.

“Kita sekarang sudahpun mendapat kerajaan yang baharu, jadi ayuh bersama kita mantapkan lagi negeri dan Negara ini dengan memberikan sumbangan, perkhidmat­an, sokongan dan dorongan kepada semua yang terlibat untuk memajukan dan memakmurka­n lagi Sabah yang dicintai ini, tidak kira deologi politik.

“Mari kita bina semula negara dan negeri ini menuju ke arah yang lebih baik,“katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia