Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sarawak ulangi pendirian kerjasama dengan PH

Sarawak akan meneruskan corak kepimpinan sedia ada sebagai kerajaan pembangkan­g yang bermaruah: Awang Tengah

-

LAWAS: Sarawak mengulangi pendirian untuk terus menjalinka­n kerjasama dengan kerajaan pusat yang kini diterajui Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Lawas (LAKHIL) berkata, meskipun Sarawak bukan sebahagian PH, banyak tugas dan tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an secara bersama.

“Kita harus terima negara kita kini dipimpin PH dan ini adalah keputusan yang dibuat rakyat.

“Walaupun Sarawak kini kerajaan pembangkan­g, kita akan terus menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat yang diterajui PH,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada para pegawai masjid dan surau di daerah ini, pada Khamis.

Seramai 67 penerima terdiri daripada masjid dan surau di daerah ini menerima sumbangan pada majlis itu.

Turut sama ialah Residen Bahagian Limbang Ir Denny Ahmad Fauzi, Ketua Tabung Baitulmal Limbang Junidi Lamat dan tetamu lain.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua, Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata lagi, Sarawak akan meneruskan­corakkepim­pinan yang ada sekarang sebagai kerajaan pembangkan­g yang bermaruah.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan meneruskan usaha untuk menumpukan kepentinga­n rakyat Sarawak untuk menuntut hak-hak negeri ini.

“Kerajaan persekutua­n juga mempunyai tanggungja­wab untuk membantu rakyat termasuk di Sarawak berdasarka­n perlembaga­an,” jelas beliau.

Awang Tengah menambah, kerajaan negeri juga akan memantau janji-janji yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU14 baru-baru ini.

Sementara itu, beliau mahu umat Islam menyuburka­n amalan bersedekah bagi membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.

Kata beliau, mereka yang berkemampu­an perlu menyemai amalan bersedekah yang merupakan antara tuntutan agama.

“Walaupun Sarawak kini kerajaan pembangkan­g, kita akan terus menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat yang diterajui PH. ” DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? AWANG TENGAH (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Denny (dua kiri).
AWANG TENGAH (tiga kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan Denny (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia