Utusan Borneo (Sabah)

Lebuh Raya Pan Borneo perlu diteruskan demi kebaikan rakyat: Fadillah

-

KUCHING: Projek-projek seperti Lebuh Raya Pan Borneo yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu perlu diteruskan demi kebaikan rakyat negeri ini.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, namun demikian, semua itu bergantung kepada kerajaan baharu untuk meneruskan projek tersebut.

“Kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH) harus meneruskan apa jua projek yang diilaksana­kan kerajaan terdahulu.

“Ini kerana saya percaya ia adalah untuk kebaikan rakyat namun semuanya terpulang kepada mereka (PH) sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), pada Khamis.

Fadillah berharap kerajaan sekarang dapat membantu kerajaan negeri dalam memastikan semua projek infrastruk­tur dan projek pembanguna­n lain yang telah dirancang akan diteruskan.

Mengambil contoh katanya, projek pembinaan Jambatan Batang Lupar yang akan memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama di kawasan pesisir pantai harus diteruskan dan dilaksanak­an.

“Ia bukan sahaja membuka peluang untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat, bahkan mempercepa­t pembanguna­n di kawasan sekitarnya,” kata Fadillah.

Terdahulu, sebanyak 98 gerai jualan disediakan di bazar Ramadan itu bagi membolehka­n peniaga menjual pelbagai jenis makanan, kuih-muih dan minuman untuk kemudahan orang ramai mendapatka­n juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

 ??  ?? FADILLAH melawat gerai jualan sambil berbual mesra dengan peniaga di Bazar Ramadan Sukma Ria di Kuching.
FADILLAH melawat gerai jualan sambil berbual mesra dengan peniaga di Bazar Ramadan Sukma Ria di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia