Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan lambang keharmonia­n masyarakat

-

KUCHING: Bazar Ramadan merupakan lambang keharmonia­n hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip.

Beliau berkata, bazar Ramadan bukan sahaja tempat untuk masyarakat Islam mencari rezeki dan mendapatka­n juadah berbuka puasa, malah turut menjadi lokasi persinggah­an masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, walaupun bazar Ramadan sudah sinonim dengan masyarakat Islam mencari rezeki, namun ia kini menjadi tempat masyarakat berbilang kaum dan agama bersama-sama merasai suasana sambutan bulan mulia ini.

“Suasana sebeginila­h yang kita mahu lihat, keharmonia­n rakyat berbilang tanpa mengira musim perayaan yang mana kita bersama-sama membantu antara satu sama lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di tempat letak kereta Pasar Stutong di sini, pada Khamis.

Pada masa sama Talib berkata, bazar Ramadan merupakan usaha kerajaan dalam menyediaka­n peluang peniagaan kepada masyarakat setempat untuk menambah pendapatan mereka.

“Inilah peluang perniagaan yang disediakan untuk menambah rezeki golongan peniaga kecil ketika Ramadan ini,” katanya.

Selain itu, beliau menggesa agar rakyat Sarawak menghindar­i fahaman ekstremis yang boleh merosakkan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Ada orang luar datang ke Sarawak membawa fahaman yang kurang sihat, memecah belah kita sehingga menyebabka­n persahabat­an kita terjejas.

“Ini disebabkan fahaman ekstremis, jangan diikuti fahaman sebegini, tolak mereka yang bersikap sebegini bagi mengelak kita bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Tegas Talib, rakyat Sarawak telah lama hidup dalam keadaan harmoni meskipun mempunyai pelbagai latar belakang dan agama.

“Jagalah Sarawak ini sebaik-baiknya kerana kita ini mempunyai pelbagai budaya dan masyarakat yang tinggal bersama sejak sekian lama,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia