Utusan Borneo (Sabah)

Semak semula e-hailing

Grab Malaysia sedia bekerjasam­a dengan k’jaan

-

“Satu daripada perubahan itu ialah semakan semula bagi memastikan kita menjaga kebajikan semua segmen rakyat dan satu daripadany­a ialah komuniti pemandu teksi kita.

SEAN GOH Ketua Negara Grab Malaysia

PETALING JAYA: Grab Malaysia bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan yang baru ditubuhkan berhubung cadangan menyemak semula akta sedia ada bagi melindungi perkhidmat­an e-hailing dan teksi.

Ketua Negara Grab Malaysia Sean Goh berkata hasrat kerajaan untuk menyemak semula akta itu dilihat sebagai komitmen mereka dalam memberikan layanan yang adil selain menjaga kepentinga­n komuniti yang lebih luas.

“Jika anda lihat apa yang pemimpin kita sering utarakan, beliau (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) memulakann­ya dengan menyatakan ‘Saya pada asasnya mahu membuat perubahan dan adil kepada semua rakyat’.

“Satu daripada perubahan itu ialah semakan semula bagi memastikan kita menjaga kebajikan semua segmen rakyat dan satu daripadany­a ialah komuniti pemandu teksi kita,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai Masa Depan Grab, di sini pada Jumaat.

Goh berkata semangat dan komitmen Grab Malaysia tidak berubah dan mereka bersedia untuk menyumbang ke arah perubahan bagi memberi perkhidmat­an lebih baik kepada masyarakat.

Dr Mahathir dilaporkan berkata ada keperluan untuk undang-undang semasa dikaji termasuk Akta Pengangkut­an

Awam Darat 2017 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial 2017 bagi membolehka­n kedua-dua pihak (Grab dan teksi) turut dibela. -Bernama

 ??  ?? SEAN Goh ketika memberi taklimat berkenaan Grab memperkena­lkan visi sebagai aplikasi seharian untuk pengguna di Pejabat Grab Malaysia pada Jumaat. -Gambar Bernama
SEAN Goh ketika memberi taklimat berkenaan Grab memperkena­lkan visi sebagai aplikasi seharian untuk pengguna di Pejabat Grab Malaysia pada Jumaat. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia