Utusan Borneo (Sabah)

MATTA sambut baik langkah GST sifar peratus

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) menyambut baik langkah kerajaan mengurangk­an kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018.

Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata keputusan kerajaan itu akan memacu industri pengembara­an domestik – penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia.

“Langkah itu akan menggalakk­an perbelanja­an dalam kalangan pengguna tempatan dan pelancong, sekali gus berpotensi menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pengembara­an, beli-belah, makanan dan minuman,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Tan berkata penerbanga­n antara Semenanjun­g dan Sabah serta Sarawak akan menjadi lebih rendah dengan GST sifar peratus justeru itu ia menjadi petanda baik bagi pelanconga­n domestik.

Beliau berkata perubahan dasar itu juga akan mendorong konsistens­i dari segi layanan GST antara kawasan khas (Labuan, Langkawi serta Tioman) dan destinasi pengembara­an domestik lain.

“Bagaimanap­un, tidak jelas sepenuhnya sama ada GST perlu dikenakan kepada produk pelanconga­n yang dijual sebelum 1 Jun untuk pengembara­an pada tarikh itu atau selepasnya,” katanya, sambil menambah, persatuan itu akan mendapatka­n penjelasan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung perkara tersebut.

MATTA merupakan organisasi bukan kerajaan terbesar di Malaysia, dengan 3,300 anggota terdiri daripada ejen pelanconga­n dan pengembara­an tempatan serta gabungan luar negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia