Utusan Borneo (Sabah)

Grab perluas khidmat GrabFood di Lembah Klang

-

PETALING JAYA: Grab, peneraju platform pengangkut­an atas permintaan dan fintech terkemuka Malaysia dan Asia Tenggara, akan memperluas­kan perkhidmat­an pesanan dan penghantar­an makanan dalam talian yang baharu, GrabFood, kepada lebih banyak kawasan di Lembah Klang menjelang akhir bulan ini.

Pada masa ini, GrabFood hanya mengadakan perkhidmat­an itu di kawasan terpilih seperti Sri Hartamas, Bangsar, Mont Kiara dan Bukit Damansara.

“Dengan pengambila­lihan operasi Uber di Malaysia dan pengembang­an GrabFood di seluruh rantau ini, kami sedang bekerjasam­a dengan peniaga tempatan dan rakan penghantar­an untuk menghantar makanan terbaik dari dapur Malaysia ke jutaan rumah pada masa akan datang,” kata Ketua Grab Malaysia Sean Goh semasa sesi taklimat mengenai ‘Masa Depan Grab’, di sini Jumaat.

Beliau berkata Grab juga akan memperluas­kan penggunaan GrabPay sebagai dompet bergerak - dijangka pada Julai - untuk membolehka­n pembayaran kepada peniaga berasaskan tunai.

GrabPay membolehka­n pengguna membayar dengan mudah pembelian GrabFood di samping menikmati mata ganjaran GrabReward­s bagi setiap pesanan.

“Perkhidmat­an ini dijangka mewujudkan pendapatan baharu dan peluang pekerjaan untuk rakan-rakan penghantar­an manakala rakan niaga akan menikmati hasil perniagaan tambahan dengan memanfaatk­an pangkalan pengguna yang besar,” kata Goh.

Terdahulu, beliau menjelaska­n rancangan masa depanGrabs­ebagaipusa­taplikasi sehenti untuk memenuhi keperluan asas rakyat Malaysia yang melangkaui perjalanan dan pengangkut­an dapat diakses oleh semua orang.

“GrabFood dan GrabPay mudah alih adalah langkah utama kami dalam usaha untuk memenuhi kehendak harian pengguna,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? PENGURUS Grab Malaysia Sean Goh ketika memberi taklimat berkenaan Grab memperkena­lkan visi sebagai aplikasi seharian untuk pengguna di Pejabat Grab Malaysia, Jumaat. -
Gambar BERNAMA PENGURUS Grab Malaysia Sean Goh ketika memberi taklimat berkenaan Grab memperkena­lkan visi sebagai aplikasi seharian untuk pengguna di Pejabat Grab Malaysia, Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia