Utusan Borneo (Sabah)

Diddy muncul dengan single kedua

-

PENYANYI utama Kumpulan Albab Band, Rosdee Mohd Yusoff atau lebih dikenali dengan panggilan Diddy kini muncul dengan lagu single kedua terbaharun­ya yang berjudul ‘Lelaki Paling Bahagia’.

Ketika ditemubual di Sandakan, Diddy berkata lagu sentuhan komposer tempatan yang sangat berbakat Nadeem Privilege-X itu merupakan percubaann­ya untuk tampil dengan lagu yang berbeza, lebih segar serta rancak.

Single Lelaki Paling Bahagia itu menceritak­an tentang betapa bahagianya seorang lelaki untuk memiliki wanita idamannya dan akan dijadikan teman hidupnya walau apa jua rintangan yang datang.

“Apabila pertama kali diberikan lagu ini saya tidak berfikir panjang dan terus merebut peluang untuk merakamkan lagu ini,” katanya.

Diddy muncul semula dengan buah tangan itu seperti yang telah dijanjikan menerusi segmen ‘Kami Bah Ini’ di TV1 pada bulan Mac lepas kepada penyokong setia.

Lagu itu siap sepenuhnya pada awal Mei dan ketika ini sudah diputarkan di corong radio seperti Sandakanfm, Vokfm dan Kupi-Kupifm di mana, selepas ini Diddy akan menyerahka­n lagu itu kepada stesen radio seluruh negeri ini dan Semenanjun­g Malaysia.

Pendengar juga boleh mendengark­an lagu itu menerusi YouTube dengan carian ‘Lelaki Paling Bahagia - Diddy’ manakala, klip video dan karaoke lagu itu masih dalam proses pembikinan.

Bakal berusia 31 tahun pada 17 Julai akan datang, Diddy yang juga Dj Radio Sandakanfm sudah berjinakji­nak dalam bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi.

Aktif pada 2005 menerusi pertanding­an Idola Sabah, dia juga telah berjaya melayakkan diri mewakili daerah Sandakan ke Kota Kinabalu dan pada masa itu mendapat pendedahan khas tentang bidang seni suara.

Sebelum ini, dia juga popular dengan lagu berjudul ‘Lamunan Silam’ dan ‘Cinta Sebatang Lilin’ bersama Kumpulan Albab Band manakala, lagu single pertamanya bertajuk ‘Tulus’.

Berkenaan pencapaian­nya dalam seni suara, Diddy juga pernah menjadi finalis Sabah Idol 2005, finalis Suara Emas Bintang RTM 2007, tempat ketiga Bintang Klasik Negeri Sabah, tempat kedua Sabah Idol 2012, finalis Carta Lagu Artis Sabah 2009, 2010, 2017, Vokal Terbaik Carta Lagu Artis Sabah 2017 dan Artis Paling Popular dalam Carta Lagu Paling Manang.

Dia juga sering membuat persembaha­n, konsert undangan jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di sekitar daerah Sandakan dan Sabah.

Para peminat boleh mengikuti perkembang­an Diddy melalui laman Instagram rosdeemohd­yusoff atau Facebook Rosdee Mohd Yusoff.

 ??  ?? DIDDY
DIDDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia