Utusan Borneo (Sabah)

Iftar nostalgia Ramadan bersama kumpulan gitar rancak Wings

-

BUAT kedua kalinya, Awie Entertainm­ent Sdn Bhd dengan kerjasama MAC Training Centre Sdn Bhd dan Hotel Premiera Kuala Lumpur akan mengadakan Iftar ‘Nostalgia Ramadhan Bersama Kumpulan Gitar Rancak WINGS’.

Iftar tersebut akan diadakan pada 26 Mei, Sabtu, dari jam 6 petang sehingga 10 malam bertempat di Grand Ballroom, Aras 6, Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Hotel Premiera, Kamarudin Kassim, berikutan sambutan yang baik pada tahun lepas, Ramadan kali ini membawakan sekali lagi Iftar ‘Nostalgia Ramadhan Bersama Kumpulan Gitar Rancak WINGS’.

“Pada acara tahun lepas kami telah menerima seramai 500 pengunjung dan pihak kami bersedia menerima lebih ramai pengunjung kerana ballroom Hotel Premiera mampu menampung seramai 800 orang,” kata Kamarudin pada sidang media barubaru ini.

Pengurus Awie Entertainm­ent Datuk Awie pula berkata, kumpulan Wings akan mengekalka­n lagu-lagu yang telah dinyanyika­n pada edisi Ramadan yang lepas seperti lagu ‘Kasihnya Ibu’, ‘Selawat’, ‘Asma ul Husna’, lagu raya dan lima lagu pilihan daripada pihak hotel.

IFTAR BERTEMAKAN ‘STALL BUFFET’

Pengunjung akan dihidangka­n dengan menu istimewa Ramadan ia itu Kambing Perap yang dibakar dengan arang, Sup Tulang Rawang Berempah beserta Roti Bangali, adunan rasa istimewa dalam ‘Nasi Ambeng’, Rendang Tok Betawi, Ayam Bakar Bermadu serta Udang Gulai Kawah. Manakala Stall Buffet pula menyajikan hidangan seperti Otak-Otak, Apam Balik, Sata Ikan, Kebab Ayam dan Daging serta Serawa Durian.

Harga yang ditawarkan bermula dengan pembelian Meja Korporat ‘VVIP WINGS’ yang bernilai RM10,000 satu meja, Meja ‘Khas WINGS’ bernilai RM5,000 satu meja dan RM180 seorang bagi pembelian individu serta RM80 bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun.

Bagi pembelian ‘Early Birds’ Hotel Premiera menawarkan RM150 seorang dan tawaran ini berakhir sebelum 20 Mei ini. Pihak hotel juga mengalu-alukan penaja tiket untuk anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan orang tua bagi tujuan tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Tiket Ramadan ini boleh dibeli atas talian dari laman web 11Street atau melalui talian +6032615100­7/ +6032615101­8 dan kaunter pembelian di kaunter tiket Hotel Premiera Kuala Lumpur. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia