Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan Deasoka jadi tumpuan awal Ramadan

Bazar Deasoka jadi tumpuan awal Ramadan

- Oleh SADDAM EDRIS

SEPERTI tahun sebelumnya, Bazar Ramadan yang terletak di Dataran Deasoka terus menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatka­n pelbagai pilihan juadah berbuka puasa setibanya bulan Ramadan.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati kawasan berkenaan mulai sesak dengan kehadiran orang ramai seawal jam 3 petang lagi.

Bukan hanya kehadiran penduduk tempatan di sini, tetapi juga kelihatan kelibat pelancong dalam dan luar negara yang ingin mencuba merasa hidangan yang dijual khususnya kuih muih tradisiona­l Sabah.

Pengunjung Kimah Rashid, 48, yang julung kali mengunjung­i bazar yang terletak di tengah pusat bandar itu cukup teruja melihat kemeriahan di sana. KIMAH

Katanya, kemeriahan itu bukan hanya dirasai oleh sesama Islam, tetapi turut dikongsi bersama dengan masyarakat pelbagai agama dan budaya.

“Pada bulan suci ini, kita boleh melihat kemeriahan dari pelbagai masyarakat yang berbilang agama datang ke bazar ini untuk turut sama merasai juadah berbuka puasa.

“Ini jelas terbukti di Bazar Deasoka yang cukup meriah dengan kehadiran orang ramai apatah lagi bazar ini terkenal dengan jualan kuih muih tradisiona­l yang menjadi tarikan utama,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Selain itu, Suraman SURAMAN Sukarjo, 58, iaitu pengunjung tetap Bazar Dataran Deasoka mengelar bazar berkenaan sebagai lubuk juadah tradisiona­l.

Katanya, walaupun kebanyakka­n juadah yang sama dijual, namun, keenakan dan kepelbagai­an kuih muih menjadi tarikan beliau untuk terus mengunjung­i bazar berkenaan sebelum beralih ke bazar lain.

“Keluarga terutama anakanak saya memilih kuih muih tradisiona­l sebagai juadah berbuka puasa disebabkan mereka sukar mendapatka­n pada hari-hari biasa.

“Tentu sekali, Bazar Deasoka menjadi pilihan pertama saya untuk mendapatka­n kuih muih tradisonal ini dan setiap tahun setibanya Ramadan, saya tidak pernah dikecewaka­n,” katanya.

Sementara itu, Petricia Kuntiham, 27, berkata, beliau bersama rakan sekerjanya akan mengunjung­i bazar berkenaan disebabkan dekat dengan pejabat dan mempunyai pelbagai pilihan juadah berbuka.

Katanya, meskipun bukan beragama Islam, beliau akan menemani rakannya untuk mencari juadah berbuka bersama-sama.

“Setiap tahun, saya akan mengambil peluang untuk datang ke bazar ini mencari juadah yang tidak pernah dilihat sebelum ini di samping menemani rakan saya yang mencari jaudah untuk berbuka puasa.

“Kami memilih Dataran Deasoka kerana kebersihan­nya setiasa terjaga selain peniaga yang begitu peramah dan harga yang dikenakan juga berbaloi dan berpatutan,” katanya.

Bagi peniaga, Nora Mohammad Soon, 38, beliau tidak pernah ketinggala­n untuk memohon mendapatka­n tapak dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) menjelangn­ya bulan Ramadan.

Katanya, selama aktif menjual di bazar berkenaan, beliau akan memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan kuih muih tradisiona­l.

Katanya lagi, selain kuih muih, juadah yang menjadi tarikan pelancong adalah kuih pau hasil buatannya yang beraneka jenis.

“Saya menjual 10 jenis kuih pau yang beraneka inti seperti inti kacang, tausa, kaya, pandan, dan sebagainya.

“Pau terbaharu saya bagi tahun ini iaitu

Pau Durian yang juga mendapat sambutan cukup memberangs­angkan khususnya dari pelancong luar negara sejak hari pertama puasa lagi,” katanya yang berasal dari Putatan.

Selain kuih muih tradisiona­l, juadah seperti ayam bakar, ikan bakar, soto, murtabak, kambing panggang, dan pelbagai jenis hidangan minuman turut dijual di bazar berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PETRICIA (kiri) bersama rakan sekerjanya yang baru habis membeli juadah di bazar berkenaan.
PETRICIA (kiri) bersama rakan sekerjanya yang baru habis membeli juadah di bazar berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? NORA menunjukka­n pau berintikan durian yang pertama kali dijual sempena Ramadan tahun ini.
NORA menunjukka­n pau berintikan durian yang pertama kali dijual sempena Ramadan tahun ini.
 ??  ?? MINUMAN jus buah yang pelbagai dengan harga berpatutan.
MINUMAN jus buah yang pelbagai dengan harga berpatutan.
 ??  ?? SUASANA di bazar Ramadan di Dataran Deasoka.
SUASANA di bazar Ramadan di Dataran Deasoka.
 ??  ?? PENIAGA Kebab ayam dan daging.
PENIAGA Kebab ayam dan daging.
 ??  ?? PELBAGAI jenis lauk yang dijual.
PELBAGAI jenis lauk yang dijual.
 ??  ?? PELBAGAI jenis biskut yang dijual.
PELBAGAI jenis biskut yang dijual.
 ??  ?? PULUT mangga.
PULUT mangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia