Utusan Borneo (Sabah)

RAKYAT INGIN K’JAAN TELUS, ADIL

Kekuatan negara terletak pada perpaduan rakyat

- Dan Chin (berpakaian gelap) semasa majlis berlangsun­g.

TAWAU: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata rakyat negeri ini ingin mempunyai sebuah kerajaan yang telus dan adil kepada semua rakyat.

Beliau berkata ini adalah idaman rakyat untuk ianya kekal sehingga generasi pada masa depan dan membawa perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat Malaysia.

“Kami komited dalam hal ini kerana kekuatan negara terletak pada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tak kira bangsa mahupun agama dan kami ingin membuat Malaysia sebagai negara yang disegani yang kita boleh banggakan,” katanya kepada lebih 1,000 tetamu dalam satu jamuan makan malam di Dewan Yayasan Lau Gek Poh pada Jumaat, di sini.

Christina yangjuga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata berpanduka­n pada visi tersebut, jemaah menteri dan Yang Berhormat yang tidak menjalanka­n tanggungja­wab dengan sepatutnya kepada rakyat akan digugurkan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kontrakkon­trak kerajaan yang telah dianugerah­kan kepada kontraktor di Sabah kini sedang disiasat untuk memastikan agar prosedur tersebut tidak melibatkan rasuah ataupun salah guna kuasa.

Menyentuh mengenai kementeri anbeliau, Christina berkata daerah ini akan memperliha­tkan lawatan seramai 100 pelancong dari negara China pada 25 Mei ini dan ianya merupakan usaha pertama untuk menjadikan daerah Tawau sebagai sebuah tarikan industri pelanconga­n.

“Kita mempunyai tarikan untuk menarik minat pelancong dan usahasama antara pihak-pihak yang terbabit akan merangsang­kan ekonomi daerah dan sekaligus menyediaka­n peluang pekerjaan yang lebih kepada rakyat,” katanya.

Christina menekankan bahawausah­a berterusan­akan membawa faedah yang amat besar kepada daerah tersebut dan usaha mengadakan pakej pelanconga­n kepada pelancong adalah amat perlu.

“Kita mempunyai daya tarikan, yang tinggal adalah berapa usaha yang kita ingin berikan dalam usaha ini,” ujarnya lagi.

Christina juga menjawab dua isu yang diketengah­kan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hing mengenai isu pembalakan yang dilakukan untuk menubuhkan sebuah loji geothermal yang tidak dijalankan dan empangan air Cinta Mata yang telah beberapa tahun dicadangka­n dan kerja hanya bermula semasa Pilihanray­a Umum ke 14.

“Saya akan menyiasat kedua-dua isu tersebut dan kita akan mencari jawapan untuknya,” katanya.

Majlis tersebut anjuran Datuk Chin Chee Syn, seorang tokoh yang memperjuan­gkan kerajaan baru.

Sementara Chin dalam ucapan aluannya berkata beliau menepati janjinya untuk mengadakan jamuan tersebut berpanduka­n pada janji yang dibuat semasa satu sesi ceramah beliau sebelum ini.

“Saya menepati janji yang saya telah buat kerana kita sekarang telah melihat tampuk kepimpinan di tangan kerajaan yang baru dan saya percaya para pemimpin yang kita pilih akan bertanggun­gjawab terhadap komitmen mereka kepada rakyat,” katanya dalam majlis tersebut yang juga turut dihadiri oleh Adun Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin dan para pemimpin masyarakat.

Dalam masa yang sama, Chin juga berkata rakyat Malaysia yang telah membawa kepada kerajaan baru negara dan suara mereka perlu didengar oleh para pemimpin yang dipilih.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia