Utusan Borneo (Sabah)

Warisan yakin PM akan lantik wakil rakyat dari Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN : Parti Warisan Sabah (Warisan) yakin kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan melupakan wakil rakyat dari negeri ini untuk dilantik menjadi menteri di peringkat pusat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Uda Sulai berkata, ia sudah menjadi tradisi setiap tahun yang mana akan ada wakil Sabah menerajui kepimpinan kerajaan baharu.

“Saya yakin bahawa Dr. Mahathir tidak akan melupakan Sabah dan akan melantik menteri yang bertanggun­gjawab daripada negeri ini khususnya dalam kalangan Ahli Parlimen Warisan yang menang.

“Pada saya isu ini tiada masalah kerana kerajaan dahulu tidak pernah mengabaika­n rakyat Sabah, malah sudah ramai menteri yang dilantik adalah dari negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perayaan Tadau Kaamatan 2018 peringkat Kampung Kanangan Putatan, di sini pada Sabtu.

Uda yang juga Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri berkata, pelantikan menteri daripada wakil Sabah juga dilihat perlu bagi menyelesai­kan beberapa isu penting yang melibatkan Kerajaan Persekutua­n dengan Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap akan lebih ramai wakil rakyat daripada Sabah akan dilantik bagi pengumuman kedua kelak selepas pengumuman senarai awal barisan Kabinet pada Jumaat.

Mengenai kementeria­n baharu diwujudkan di bawah pentadbira­n kerajaan baharu katanya, ia adalah langkah tepat dalam menyelesai­kan isu-isu penting yang melibatkan adat negeri.

“Banyak perkara yang harus diketengah kandengan melihat kepada masalah bumiputera termasuk melibatkan isu pentadbira­n tanah, tanah adat, mahkamah selia dan sebagainya,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

 ??  ?? UDA (kiri) dan Awang (kanan) ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
UDA (kiri) dan Awang (kanan) ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia