Utusan Borneo (Sabah)

Rampasan di dua unit kediaman tiada kaitan dengan 1MDB: Peguam Najib

-

LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa rampasan yang dilakukan baru-baru ini di dua unit kediaman keluargany­a di Jalan Raja Chulan di sini awal Jumaat adalah barangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal berkata Najib menyatakan kecewa dengan tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menyerbu kondominiu­m yang didiami anaknya, Mohd Norashman atau Ashman dan Nooryana Najwa atau Gina, dengan mendakwa serbuan itu tidak mengikut prosedur operasi standard.

Harpal mendakwa serbuan di kondominiu­m Gina dilakukan semasa ketiadaan anak perempuann­ya itu, sebaliknya hanya pembantu rumah yang ada.

“Ini merupakan kejutan besar kepada keluarga apabila barangan yang disita dari bilik nombor satu adalah pakaian dan kasut yang dimilikiny­a secara peribadi dan telah dibeli atau dihadiahka­n kepadanya sejak bertahunta­hun.

“Lebih mengecewak­an, hadiah perkahwina­n pasangan ini dirampas dan dikeluarka­n oleh pihak yang membuat serbuan tanpa sebarang usaha untuk mengenal pasti ciri-ciri barangan yang disita. Selain itu, polis turut merampas beberapa pasang kasut bayi dan pakaian yang dibeli untuk anak kecil pasangan ini,” kata Harpal pada sidang media di hadapan kediaman Najib di Langgak Duta, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata di kondominiu­m Ashman, barangan peribadiny­a seperti telefon bimbit lama, lpad dan komputer riba telah disita.

“Kesemua barangan ini adalah peralatan kerja Ashman yang merupakan seorang pekerja bergaji. Di samping itu, barangan kepunyaan pembantuny­a seperti jam tangan, dan komputer riba juga dirampas

Menurut Harpal, Gina bekerja dengan sebuah syarikat dana ekuiti swasta antarabang­sa yang kukuh dan merupakan seorang wanita yang berjaya dengan caranya sendiri manakala suaminya juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan caranya sendiri serta berasal daripada keluarga yang berada.

“Rampasan ini boleh digambarka­n dengan cara anggota polis mengambil sendiri makanan dan coklat di dalam peti sejuk selain mendesak agar makanan disediakan untuk mereka,” katanya.

Di samping itu, Harpal berkata publisiti meluas berhubung rampasan yang pada dasarnya barangan peribadi milik anak-anak Najib mengakibat­kan penghinaan dan amat memalukan keluarga beliau.

“Kedua-dua penghuni kondominiu­m tersebut merayu kepada JSJK supaya segera mengembali­kan semua barangan peribadi dan mengelakka­n daripada terus memalukan dan memberi tekanan kepada keluarga ini. Tidak ada kaitan dan tidak ada bukti prima facie untuk rampasan ini dilakukan,” kata Harpal. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia