Utusan Borneo (Sabah)

Bukan sebab kuasa tapi hormat perlembaga­an Sabah, Masidi

-

KOTA KINABALU: Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman yang memfailkan pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri yang sah ke Mahkamah bukan disebabkan kuasa, tetapi untuk menghormat­i perlembaga­an yang ada di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia dilakukan bagi membolehka­n mahkamah menentukan dan menafsirka­n peruntukan undang-undang di bawah perlembaga­an berkaitan kuasa Yang Dipertua Negeri dalam melantik Ketua Menteri.

“Menurut pakar undangunda­ng termasuk bekas Peguam Negara Sabah, Musa mempunyai majoriti mudah 31 kerusi apabila dua ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersetuju membentuk kerajaan sehingga beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada malam 10 Mei lalu.

“Soal STAR melompat parti adalah tidak tepat kerana mereka mempunyai kebebasan bersuara di bawah Artikel 10 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Jadi, mereka bebas memilih mana- mana parti sehinggala­h mereka memutuskan untuk bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) bagimemben­tuk kerajaan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Jelas Masidi, meskipun Ketua Menteri yang ada sekarang dilantik mengikut undang- undang, namun, tindakan itu jelas menyalahi peraturan undang- undang dan mengkhiana­ti kepercayaa­n rakyat sebagai pengundi.

Justeru katanya, tindakan Musa adalah peluang untuk mahkamah menentukan sekali lagi kuasa Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai ketua perlembaga­an.

“Apapun keputusan mahkamah, semuanya adalah berkaitan dengan Peraturan, Perlembaga­an dan keupayaan kuasa TYT selepas melantik Ketua Menteri dan Kabinetnya.

“Jadi kita harapkan semua pihak harus menerima dan menghormat­i keputusan mahkamah nanti,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia