Utusan Borneo (Sabah)

Beri kami masa: Stephen

Biasakan diri sebagai Menteri Kesihatan sebelum ‘menyelamat­kan’ Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA STEPHEN (tengah) bersama Frankie (kanan) dan Calvin (kiri) ketika sidang media di Sandakan.

“Saya akan mencuba yang terbaik dalam menjalanka­n tugas ini. Dan saya sedar dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat Sandakan. Saya mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada orang awam juga. Selepas saya selesai dengan semua ini, kita akan menyelamat­kan Sandakan.

STEPHEN WONG TIEN FATT Ahli Parlimen Sandakan

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt memerlukan sedikit masa untuk membiasaka­n diri dengan jawatan baharunya sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat sebelum ‘menyelamat­kan’ Sandakan.

“Beri kami masa dan kami akan menyelamat­kan Sandakan,” katanya dalam satu sidang media di Sandakan pada Sabtu.

Wong berkata, kementeria­nnya mempunyai tanggungja­wab yang besar bukan sahaja melibatkan sektor kesihatan seperti hospital dan sistem penjagaan kesihatan di Sabah, malah juga kesejahter­aan rakyat yang merangkumi skop yang luas.

“Saya telah menghadiri satu sesi taklimat di kementeria­n baharu ini. Saya dapati kementeria­n ini terlibat dalam skop yang besar kerana juga meliputi kesejahter­aan rakyat. Antaranya, infrastruk­tur dan kemudahan di perpustaka­an, kawalan harga barang, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya.

“Ini adalah pertama kali saya menjadi sebahagian daripada Kabinet kerajaan. Memandangk­an kementeria­n ini baharu, ia memerlukan banyak pelarasan dan perbincang­an, dan ia memerlukan masa.

“Saya akan mencuba yang terbaik dalam menjalanka­n tugas ini. Dan saya sedar dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat Sandakan. Saya mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada orang awam juga. Selepas saya selesai dengan semua ini, kita akan menyelamat­kan Sandakan,” jelasnya.

Wong berkata beliau sedar dengan isu yang dihadapi di daerah ini termasuk yang memerlukan perhatian segera iaitu kren rosak di jeti Karamuntin­g sejak 2 Mei lepas yang mana telah menyebabka­n beberapa kapal gagal untuk memunggah kontena selain masalah sistem pembentung­an di Sandakan.

“Bagi masalah yang memerlukan perhatian segera, saya sendiri akan berjumpa dengan pihak bertanggun­gjawab di pelabuhan dan juga Jabatan Kerja Raya pada Isnin depan. Saya juga akan bertemu dengan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Datuk James Wong untuk perbincang­an lanjut mengenai masalah penyelengg­aran di daerah ini.

“Saya tidak tahu kalau beliau (James) mahu berjumpa dengan saya, memandangk­an beliau enggan berbuat demikian untuk tempoh lima tahun yang lepas,” tambahnya.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat yang juga Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon dan Adun Elopura Calvin Chong.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu juga melahirkan penghargaa­n kepada rakyat Sandakan kerana memilih mereka dan akan memastikan janji yang dikemukaka­n sebelum PRU14 akan ditunaikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia