Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga diminta jaga kebersihan

Bukan sahaja penyediaan makanan tetapi lokasi persekitar­an kawasan berniaga

-

KOTA KINABALU: Peniaga Bazar Ramadan diseru menjaga kebersihan sepanjang membuka gerai bulan ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, penjagaan kebersihan tersebut bukan sahaja dari segi penyediaan makanan tetapi juga lokasi persekitar­an kawasan berniaga.

“Tiap-tiap tahun kita mengingatk­an peniaga untuk menjaga kebersihan makanan serta lokasi tapak sebelum dan selepas meniaga supaya kawasan itu sentiasa bersih.

“Kita juga ada membuat pemeriksaa­n dari masa ke semasa bagi memastikan para peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Katanya, pada tahun ini sebanyak 22 tapak bazar Ramadan telah disediakan kepada peniaga.

“Pada tahun ini, DBKK membuka empat tapak bazar Ramadan baharu di Aeropod Tanjung Aru, Mini Uptown Sembulan, Habour City dan A Square menjadikan jumlah keseluruha­n lokasi bazar kepada 22 tapak dengan hampir 1,000 peniaga.

“Kita yakin, ia bukan sahaja dapat memberi manfaat sementara kepada penduduk di kawasan sekitar tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang datang ke kawasan-kawasan berkenaan sepanjang bulan ini,” jelasnya.

Yeo ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Sutera Harbour Resort di sini pada Jumaat.

Sepanjang Ramadan ini Sutera Harbour Resort menyediaka­n Bufet Selera Kampung untuk tetamunya iaitu hampir 200 jenis juadah dihidangka­n.

“Tiap-tiaptahunk­itamenging­atkanpenia­gauntukmen­jaga kebersihan makanan serta lokasi tapak sebelum dan selepas meniaga supaya kawasan itu sentiasa bersih. Kita juga ada membuat pemeriksaa­n dari masa ke semasa bagi memastikan para peniaga mengikut peraturan yang telah ditetapkan, ”

DATUK YEO BOON

HAI Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

 ??  ?? YEO (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan Sutera Harbour Resort dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
YEO (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan Sutera Harbour Resort dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia