Utusan Borneo (Sabah)

Ketagihan alkohol di Sabah tinggi

Satu mekanisme perlu diwujudkan kawal keadaan

- Oleh YAP SIONG HAN (empat dari kanan) ketika dalam bengkel itu.

PENAMPANG: Kadar ketagihan minuman alkohol dalam masyarakat Sabah sangat tinggi sehingga bermula dari peringkat umur muda.

Pengerusi Kumpulan Tindakan Mengatasi Masalah Penggunaan Alkohol (IGAM) Datuk Dr Jaswant Singh (gambar) berkata, perkara itu serius dan satu mekanisme perlu diwujudkan untuk mengawal keadaan itu.

Katanya, beliau turut mengadakan satu program selama sejam sekali seminggu di kediamanny­a di Taman Hiltop.

“Saya melihat ketagihan alkohol dalam kalangan masyarakat di sini sangat tinggi dan satu usaha oleh kerajaan harus diambil untuk mengawa lkeadaani tusebelum ia lebih memudaratk­an.

“Saya juga melihat jumlah golongan wanita kini turut semakin meningkat dalam pengambila­n alkohol selain merokok,” katanya ketika ditemui dalam Bengkel Menangani Kemudarata­n Alkohol, di sini pada Sabtu.

Menurutnya program yang diadakan pada setiap Selasa itu adalah percuma dihadiri 18 sehingga 20 orang untuk setiap sesi, mereka terdiri daripada golongan profesiona­l dan juga pelajar.

Katanya, sebelum ini surat khabar pernah menyiarkan Sabah terletak di tempat ketiga di negara ini dalam kes penggunaan alkohol.

“Itu beberapa tahun dahulu,

“Saya melihat ketagihan alkohol dalam kalangan masyarakat di sini sangat tinggi dan satu usaha oleh kerajaan harus diambil untuk mengawal keadaan itu sebelum ia lebih memudaratk­an. ” DATUK DR JASWANT SINGH

Pengerusi Kumpulan Tindakan Mengatasi Masalah Penggunaan Alkohol (IGAM)

JASWANT

saya percaya kini Sabah dan Sarawak terletak di tempat pertama.

“Penggunaan alkohol kini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita, ia boleh dilihat menerusi sebahagian perayaan yang ada, majlis perkahwina­n, hari jadi, dan juga ketika kematian... hidangan alkohol itu mesti ada bagi meramaikan suasana majlis.

“Minum secara berhemah itu tidak menjadi masalah untuk ketika bersosial sahaja tetapi sekiranya sehingga menyebabka­n ketagihan itu adalah satu perkara yang memudaratk­an kesihatan dan juga sosial itu sendiri,” katanya.

Jaswant yang juga Pakar Perunding Onkologi di KPJ Sabah menjelaska­n satu kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah perlu dibentuk memandangk­an setiap daerah di Sabah mempunyai hospital atau klinik.

Katanya, pihak jabatan boleh membantu menyebarka­n maklumat mengenai bahaya ketagihan alkohol yang boleh menyebabka­n pelbagai masalah kepada kesihatan dan sosial setempat.

“Selain memudaratk­an kesihatan, alkohol boleh menyumbang­kan kepada kes seperti dadah, seks rambang, seks sumbang mahram dan sebagainya yang meruntuhka­n nilai akhlak moral masyarakat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia