Utusan Borneo (Sabah)

150 peserta dari 13 daerah sertai perkhemaha­n KRS, TKRS

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

150 peserta dari 13 daerah di Sabah berjaya mengikuti Perkhemaha­n Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas KRS (TKRS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpati di sini.

Pegawai Tadbir KRS negeri Mejar (KRS) Anas Sulaiman berkata, penyertaan pelajar pada perkhemaha­n kali ini dilihat baik dan mampu mendedahka­n cabaran perkhemaha­n secara menyeluruh.

Katanya, ini disebabkan pendedahan pelbagai aktiviti termasuk pandu arah, permainan tradisiona­l, ikhtiar hidup, gajet mini dan kawad hos bomba kepada peserta.

“Semangat serta kerjasama berpasukan juga dapat dipupuk melalui pelaksanaa­n secara integrasi kumpulan selain kawad kaki dan tarian perang yang dipertandi­ngkan mengikut daerah,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sharif Mahada Sharif Attar.

Kota Marudu memenangi acara kawad kaki TKRS diikuti Sandakan dan Keningau, dan acara tarian perang turut dimenangi TKRS Kota Marudu diikuti Keningau dan Sandakan.

Dalam acara kawad kaki kategori KRS, Tuaran dinobatkan johan diikuti Sandakan dan Kota Marudu masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Bagi acara tarian perang kategori KRS pula dimenangi oleh Kota Marudu dan Sandakan di tempat kedua diikuti Telupid di tempat ketiga.

Kadet Terbaik TKRS (Putera) M. Ikmal Awang dari Sandakan dan Puteri TKRS Terbaik Nur Ernie Shahrini dari daerah Tuaran, manakala Kadet Terbaik KRS Putera disandang Abdul Hakim Ali dari Lahad Datu dan Nurul Ain Amirhussin sebagai Peserta Terbaik Puteri KRS.

Di samping itu Kadet Erfan Ilyasa Kamarulniz­am dari Kota Marudu diumumkan sebagai Ketua Platun Terbaik Kawad Kaki kategori TKRS dan Kadet Yasir Hakimie Morhphy dari Tuaran sebagai Ketua Platun Terbaik bagi Kategori KRS.

 ??  ?? TAMAT PERKHIDMAT­AN: Datuk JohnnyMosi­tunyangber­khidmat sebagaiTim­balanSpeak­erDewan Undangan Negeri (DUN) selama 10 tahun, akhirnya menamatkan perkhidmat­an bermula 19 Mei (Sabtu).
Beliau yang pertama kali dilantik pada 28 April 2008 itu memutuskan untuk...
TAMAT PERKHIDMAT­AN: Datuk JohnnyMosi­tunyangber­khidmat sebagaiTim­balanSpeak­erDewan Undangan Negeri (DUN) selama 10 tahun, akhirnya menamatkan perkhidmat­an bermula 19 Mei (Sabtu). Beliau yang pertama kali dilantik pada 28 April 2008 itu memutuskan untuk...
 ??  ?? SEBAHAGIAN pegawai KRS negeri yang menjayakan perkhemaha­n.
SEBAHAGIAN pegawai KRS negeri yang menjayakan perkhemaha­n.
 ??  ?? KETUA platun memberikan laporan kepada tetamu jemputan.
KETUA platun memberikan laporan kepada tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia