Utusan Borneo (Sabah)

Pas jadi pemantau prestasi wakil rakyat Batu Sapi

-

SANDAKAN: Pas Batu Sapi akan memantau prestasi wakil rakyat yang baharu sahaja memenangi kerusi Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Peranan tersebut akan dimainkan oleh Pas sebagai badan ‘semak dan imbang’ kepada wakil rakyat yang dipilih agar rakyat celik dengan tugasan yang telah disempurna­kan di kawasan tersebut.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjay­a III Pas Sabah Sahar Abdul Majid ketika ditanya tentang perkembang­an politik Batu Sapi di Pejabat Pas baru-baru ini.

Katanya lagi, rakyat menuntut perubahan yang dijanjikan seperti penyelesai­an isu C3 Power, isu kemiskinan, infrastruk­tur dan pemilikan tanah di kampungSAN­DAKAN: kampung.

“Apa yang lebih utama ialah pemerkasaa­n institusia gamauntuk rakyat termasuk penambahan sekolah agama perlu disegeraka­n di kawasan ini,” tambah Sahar.

Beliau juga mengharapk­an agar wakil rakyat di kawasan tersebut dapat melaksanak­an tugas dengan penuh amanah dan berintegri­ti.

“Pas akan menyokong perkara yang baik untuk rakyat dan perkara yang sebaliknya pula akan ditegur khususnya perkara yang berkaitan dengan kepentinga­n rakyat,” jelas Sahar lagi.

Terdahulu, Sahar juga menyampaik­an ucapan tahniah kepada ketiga-tiga wakil rakyat daripada Parti Warisan Sabah yang telah memenangi kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandi­ngkan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke14 lalu, ketiga-tiga calon daripada Warisan iaitu Datuk Liew Vui Keong, Arifin Asgali dan Hiew Vun Zin masing-masing telah memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi, DUN Sekong dan DUN Karamuntin­g.

 ??  ?? SAHAR
SAHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia