Utusan Borneo (Sabah)

BookDoc, MANSA meterai MoU tingkat kesedaran masalah pendengara­n

-

KUALA LUMPUR: Bagi meningkatk­an kesedaran mengenai masalah pendengara­n dan menghubung­kan orang ramai dengan pakar audiologi berkelayak­an, Persatuan Audiologi Malaysia (MANSA) telah menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan platform penjagaan kesihatan dalam talian, BookDoc.

BookDoc juga mempunyai Persatuan Fisioterap­i Malaysia dan Persatuan Kiroprakti­k Malaysia yang bekerjasam­a dengannya dan mendapat manfaat daripada kehadiran syarikat itu di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

Dalam satu kenyataan di sini, pengasas BookDoc, Datuk Chevy Beh berkata jalinan pakatan berkenaan akan membantu orang ramai mencari pakar audiologi yang sah.

“Kerjasama ini selaras dengan matlamat BookDoc untuk meningkatk­an akses kepada penjagaan kesihatan di rantau ini. Orang ramai akan dapat mencari pengamal yang berkelayak­an dalam bidang audiologi yang telah disahkan oleh MANSA,” kata Beh.

“Kami gembira dapat bekerjasam­a dengan BookDoc, platform yang mencapai lebih dari setengah juta pengguna,” kata Presiden MANSA Patrick Tan.

Beliau berkata artikel pendidikan tentang kehilangan pendengara­n akan disediakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah pendengara­n.

Orang ramai, katanya, tidak menyedari terdapat agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang boleh memberi bantuan alat bantuan pendengara­n, oleh it pakar audiologi boleh membantu mereka dalam proses tersebut.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia