Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan ke Program Asasi, Diploma dan setaraf diumumkan 21 Mei ini

-

KUALA LUMPUR: Status keputusan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Asasi, Sijil dan Diploma 2018/2019 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan mulai Isnin ini dari pukul 12 tengah hari.

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini berkata pemohon boleh mendapatka­n status permohonan dengan menghubung­i talian “hotline” 03-8870 8200, saluran UPUPocket, laman web Universiti Awam (UA) terpilih, laman web UPU dan menggunaka­n sistem pesanan ringkas (SMS) ke 15888.

“Pemohon yang berjaya akan mendapat surat tawaran yang dikeluarka­n sendiri oleh Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti serta Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, tawaran tempat bagi sesi akademik 2018/2019 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Bagipemoho­n yanggagalk­e UA dan politeknik premier, mereka boleh mengemukan rayuan di laman web http:/ upu.mohe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja sahaja mulai 21 Mei (12.00 tengah hari) sehingga 25 Mei (11.59 malam).

Manakala bagi politeknik konvension­al atau metro, kolej komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat terus dengan mengemukan permohonan kepada agensi berkaitan.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftara­n pelajar baharu dilaksanak­an, kata kenyataan itu.

Sementara itu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara permohonan kemasukan ke UA, politeknik, kolej komuniti dan ILKA di bangunan KPT, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia